background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

ouR SerViCe







OuR GrOup's MemBers


wE ARE FrOM dEPARTmENT sYARIAH ANd laW. wE hOPE tHIS bLOG will  HeLp   and So UseFull to Us.



1) Nik  Mohd Arsyad Bin Nik MAn   (IEL 110013)

2) Nur Afandi Bin Mohd Sohime (IEL 110012)

3) Najwa Syakirah Bt Mohd Syafie (IEL 110010)

4) Nur Jannah bt Ahmad (IEL 110013)


5 ) Nur Auni Damia Binti Hishamuddin   (IEL 110015) 


6) Nadiatul Husna Bt Mohd Amin ( IEL 110009)


7) Norfaizah Bt Ramli ( IEL 110014)













ASSIGNMENT (1)


SOKONGAN DAN SUMBANGAN SYARIKAT DUTCH LADY



Dutch Lady Malaysia tampil dengan sokongan
kepada ibu-ibu bekerja

Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia adalah satu wadah sumber holistik untuk para ibu dan keluarga mereka untuk mencapai kehidupan bekerja dan peribadi secara seimbang.

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 - Pengeluar tenusu terkemuka Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), hari ini memperkenalkan Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia (Malaysian Working Mothers’ Forum – MWMF) , satu wadah komuniti untuk membantu semua wanita menguruskan kerjaya, alam keibuan dan/atau tugas-tugas sebagai isteri secara serentak. Forum sosial ini akan membahas cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang bekerja dan bertujuan untuk mendidik dan memberi sokongan kepada mereka melalui pelbagai inisiatif yang akan dijalankan sepanjang 2011 dan seterusnya.

Dalam satu pengumuman media semasa pelancaran lunak hari ini, Encik Bas van den Berg, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, memperkenalkan rancangan-rancangan MWMF yang akan berlangsung sepanjang 2011. Antara inisiatif yang dirancang termasulah saluran FIBM baru di Facebook; satu tinjauan yang bukan sahaja untuk mengukur pendapat awam mengenai isu ini tetapi juga untuk mendapatkan profil para ibu bekerja; satu buku panduan maklumat untuk para ibu bekerja dan satu konvensyen untuk ibu bekerja dan keluarga mereka pada akhir tahun.

Sebagai permulaan, Syarikat mendedahkan inisiatif dalaman pertamanya di bawah payung MWMF iaitu penukaran dasar cuti bersalin bergaji selama 90 hari yang berkuatkuasa tahun ini. Menurut Encik van den Berg lagi, dasar baru ini mencerminkan sokongan Syarikat terhadap ibu-ibu yang bekerja yang memerlukan lebih masa untuk menjalankan tugas-tugas asuhan bayi dan pengurusan keluarga dengan baik. “Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan walaupun jumlah wanita bekerja semakin meningkat, komuniti wanita masih lagi satu sumber tenaga yang
belum dimanfaatkan sepenuhnya di negara ini. Usaha kami dalam membina produk yang menepati
keperluan makanan rakyat Malaysia turut menyedarkan kami tentang perlunya satu rangkaian atau wadah sokongan untuk para ibu bekerja juga. Kami mendapati bahawa para ibu sentiasa bimbang dalam memikul komitmen di tempat kerja dan tanggungjawab kekeluargaan secara serentak, dan kami percaya bahawa wadah ini adalah antara cara terbaik untuk mengatasi masalah dan kebimbangan ini. 

Di Dutch Lady Malaysia, kami selalu mencari jalan untuk membantu rakyat Malaysia terus maju ke hadapan dalam kehidupan, ” tambah beliau. Syarikat berharap organisasi-organisasi dari pelbagai industri dan yang sealiran pendapat akan tampil memberi sokongan dalam usaha untuk menjayakan forum ini. Dengan itu, DLM menjemput mana-mana organisasi yang sealiran dengannya untuk turut serta dalam penggerak sosial ini. Pemimpin pendapat, organisasi ataupun syarikat-syarikat swasta yang sealiran boleh menyumbang dari segi seminar, menyediakan maklumat untuk penyediaan buku panduan atau menyumbang masa dengan memberi khidmat nasihat kepada para ibu yang bekerja melalui saluran Facebook yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini, pihak yang berminat
boleh menghubungi Essence Communications Sdn Bhd di talian +603 7493 5588.

KENAIKAN HARGA SUSU DUTCH LADY?? ADAKAH IANYA BENAR???



'TAK NAIKKAN HARGA'

DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady), syarikat tenusu terbesar di negara ini masih mampu menawarkan produknya dengan harga yang berpatutan di sebalik peningkatan harga kos bahan mentah berikutan krisis makanan dunia. Pengarah Pemasarannya, Rahul Colaco berkata, syarikat itu tidak menaikkan harga produk dan mampu mengeluarkan produk yang berpatutan walaupun kos pengeluarannya bertambah dan seterusnya meningkatkan harga pasaran.

“Kami masih mengekalkan harga dan memerhatikan impak krisis makanan dengan teliti,” katanya ketika ditemubual selepas pelancaran produk baru Dutch Lady di Subang Jaya, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada syarikat akan menaikkan harga produk susunya pada masa akan datang. “Permintaan yang mendadak dari negara membangun juga memberi kesan kenaikan harga di dunia,” kata Colaco.


Sementara itu, Colaco berkata, Dutch Lady mempunyai pasaran kukuh di negara ini dengan menguasai 40 peratus pasaran sehingga kini yang diterajui lebih 150 produknya dari segmen berlainan. “Kami berbangga dapat menawarkan produk baru hari ini iaitu formula baru yang membantu kanak-kanak memenuhi keperluan DHA harian yang memberi nilai tambah untuk perkembangan otak optimum,” katanya.


DHA adalah asid lemak Omega 3 berkhasiat yang didapati secara semula jadi dalam pemakanan seperti ikan salmon dan tuna. “Formula baru membolehkan kami menambah lebih lima kali DHA tinggi berbanding sebelumnya membantu cabaran pemakanan yang dihadapi ibu bapa dalam penyediaan pemakanan sihat untuk anak mereka,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/12

ISU HALAL MENGENAI SUSU DUTCH LADY..ADAKAH IANYA JELAS???

RKIB : 21/06/2010

'Tiada kompromi bagi kami'

PETALING JAYA 20 Jun - Dutch Lady Milk Industries Bhd., antara syarikat paling lama bertapak di Malaysia, akan terus mengukuhkan kedudukannya di dalam pasaran tempatan. Kejayaan syarikat yang dikenali dengan jenama Dutch Lady dengan penguasaan 20 peratus pasaran, antaranya adalah hasil ketegasannya memastikan setiap produk keluarannya adalah halal.

Pengarah Urusannya, Bas Van Den Berg yang menjawat jawatan itu sejak 1 Januari lalu, berkata, pihaknya tidak berkompromi memastikan produknya benar-benar halal, malah Jawatankuasa Halal Dalaman turut ditubuhkan dalam syarikat itu. Katanya, setiap bahan mentah, mesin serta lain-lain perlu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut.

Tambahnya, beliau sendiri yang baru tiba di negara ini, pernah sekali ditegur kerana membawa masuk hadiah berupa sebotol wain yang belum dibuka ke pekarangan kilang Dutch Lady di Petaling Jaya, Selangor. "Sejak peristiwa itu saya tidak berkompromi tentang isu halal kerana apa sahaja yang berkaitan dengannya adalah sensitif kepada para pengguna di negara ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, setiap mesin dan peralatan pengeluaran yang digunakan turut disamak secara berjadual oleh pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengekalkan keyakinan pengguna di negara ini walaupun Dutch Lady hanya mengeluarkan produk susu yang pastinya dijamin halal.
Menurut Van Den Berg, meskipun pihak syarikat tidak mengisytiharkan di dalam media cetak atau media elektronik seperti mana produk pengguna lain, orang ramai tidak perlu meragui tentang sejauh mana halal produknya.

Mengulas lanjut tentang hasrat syarikat untuk memantapkan lagi perniagaannya, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perancangan dan akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik pengguna. Buat permulaan, Dutch Lady akan mengadakan kajian terhadap 4,500 kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun bagi mengkaji tabiat pemakanan, penggunaan susu serta diet dalam usaha untuk benar-benar memahami keperluan pemakanan mereka.

"Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia dan Dutch Lady akan melakukan tinjauan terhadap kanak-kanak di bandar dan di luar bandar," jelas beliau. Daripada hasil kajian itu, Van Den Berg berkata Dutch Lady akan mengkaji keperluan dan pembangunan produk supaya kadar pengambilan produk tenusu keluarannya meningkat. Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya mendapati kadar pengambilan susu di negara ini adalah terlalu rendah dengan purata setiap orang mengambil sebanyak 25 liter setahun atau segelas susu seminggu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan setiap orang perlu meminum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari. Beliau juga berkata, pihaknya juga berdepan dengan masalah bekalan bahan mentah terutamanya susu kerana jumlah pengeluarannya belum mencukupi. Katanya, jumlah pengeluaran susu adalah sebanyak 20,000 liter hingga 25,000 liter setahun dan Dutch Lady telah membeli 10,000 liter daripada 718 ladang ternakan tempatan dengan 28,000 ekor lembu di seluruh negara.

Beliau berkata, Dutch Lady terpaksa mengimport susu untuk menampung keperluan keseluruhan di negara ini. Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membantu pengusaha ladang ternakan untuk mengeluar susu-susu yang berkualiti mengikut syarat yang ditetapkan oleh Dutch Lady. "Kami membeli susu dari pengusaha pada harga RM2.20 seliter berbanding RM1.50 pada harga pasaran tetapi mereka perlu menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan agar susu tersebut berkualiti," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm#ixzz29evQpHc7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reflection_Nadiatul Husna

Nama: Nadiatul Husna bte Mohd Amin

No.Matrik: IEL110009

Jabatan: Syariah dan Undang-undang

Kumpulan: 11, APIUM

Assalamualaikum, Hye...


1) Apa yang saya belajar dari kelas APK pada hari jumaat yang lepas?

Saya dapat belajar tentang teamwork, leadership, self-confidence, co-operative dan lain-lain sifat positif yang mampu merubah persepsi dan sikap saya untuk menjadi seorang yang positif sepanjang masa dimana ianya penting untuk masa depan saya.

2) Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?

Saya rasa sangat bersemangat dan gembira sepanjang proses pembelajaran berlangsung. M.r.s Elaine sangat bersemangat dan aktif sepanjang kelas berlangsung. Saya tidak sabar untuk menanti kelas yang seterusnya.

3) Dimana dan bila saya dapat aplikasikannya apa yang telah saya pelajari?

Saya dapat aplikasikan semua ilmu dan maklumat yang diperolehi untuk digunakan sepanjang proses pembelajaran saya selama 4 tahun di UM dan demi masa depan saya.

Jumpa lagi, Bye...:-) 


Anugerah Yang Diterima Oleh Syarikat Dutch Lady


 

Dutch Lady menang produk susu  pengguna terbaik

 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Syarikat susu, Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) dipilih sebagai penerima anugerah TheBrandLaureate 2009/2010 untuk kategori Produk Susu Pengguna Terbaik. Anugerah BrandLaureate yang diperkenalkan sejak enam tahun yang lalu di Malaysia, telah diiktirafkan di peringkat Anugerah Grammy untuk jenama dengan perakuan pengguna dan prestasi runcit yang kukuh. 

Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Rahul Colaco berkata, kemenangan ini memperlihatkan komitmen dan penghasilan produk-produk berkualiti untuk generasi pengguna setia. Katanya, pengguna di Malaysia memainkan peranan dalam kejayaan syarikatnya sehingga berjaya memenangi anugerah tersebut. Jelasnya, jenama yang kukuh pada masa ini perlu mengikuti permintaan pasaran terkini untuk berada di hadapan dalam persaingan dan juga memenuhi harapan pengguna yang semakin meningkat.

"Sebagai perusahaan yang dikenali, kita harus patuh pada piawaian industri antarabangsa yang ketat. Sebagai jenama yang mempunyai pelbagai produk susu berkualiti, Dutch Lady menikmati ikatan yang kuat dengan pengguna dari pelbagai kumpulan umur. "Produk susu Dutch Lady telah berperanan dalam menyediakan nutrisi yang sihat, mempromosi gaya hidup aktif dan menggalakkan pemakanan sihat yang baik antara warga muda dan tua," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Dutch Lady adalah syarikat susu pertama di dunia yang memperkenalkan formulasi susu khusus untuk anak-anak pada 1988. Kategori Growing-Up Milk (GUM) adalah untuk anak-anak berumur satu hingga tiga tahun dan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memberikan nutrisi penting bagi pertumbuhan yang sihat dan perkembangan otak, dan setelah 22 tahun, ia tetap menjadi kegemaran dengan kedua-dua ibu dan anak. 

Kategori-kategori seperti susu UHT, disteril dan susu yang dipasteur, makanan ringan yogurt, minuman yogurt menarik kumpulan usia yang berbeza dengan pelbagai rasa dan menyediakan nutrisi terutama untuk tuntutan gaya hidup masa kini. Colaco menambah, selain menghasilkan produk-produk susu berkualiti, Dutch Lady berusaha untuk mendidik rakyat Malaysia untuk membuat pilihan nutrisi dengan minum susu. 

Jelasnya, selama beberapa tahun ini, pihaknya telah meraikan Hari Susu Sedunia dengan masyarakat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan penilaian terhadap pengambilan susu. Meskipun perniagaan kami turut meletakkan sasaran untuk memenangi penghargaan, pengiktirafan seperti anugerah TheBrandLaureate itu adalah seperti pelengkap terhadap produk keluaran kami yang sudah stabil," jelasnya.

Antara penghargaan antarabangsa lain yang pernah dimenangi oleh Dutch Lady adalah Reader's Digest Superbrands Gold Award selama sebelas tahun berturut-turut, antara 1999 hingga 2009. Selain diiktiraf berkualiti tinggi, pengguna di Malaysia mengundi dan memilih Dutch Lady sebagai jenama pilihan dalam kategori produk susu.

Reflection Nor Jannah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama        : NOR JANNAH BT AHMAD
No Matrik : IEL110013
Jurusan      : SYARIAH & UNDANG-UNDANG
Kumpulan  : 11, (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM)

1. Apa yang saya belajar dari kelas APK hari Jumaat lepas?
Saya dapat mempelajari ciri-ciri positif yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan untuk mencapai impian saya. Melalui ciri-ciri positif ini memberikan saya keyakinan untuk mendapat apa yang dihajati dan perlu sentiasa  berfikiran positif.

2. Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?
Saya sangat kagum dengan Miss Elaine yang sangat berkeyakinan dan bertenaga semasa mengendalikan kelas walaupun orangnya kecil molek sahaja .ini menyebabkan saya berasa seronok berada dalam kelas yang tidak membosankan.

3. Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar?
Saya dapat mengaplikasikannya secara fleksibel, sekarang atau setelah memasuki alam pekerjaan kelak . Ilmu perniagaan ini  amat berguna bagi saya untuk merancang sesuatu dengan sistematik.Sekian.

TERIMA KASIH..:)
  



NOR AFANDI REFLECTION

NAMA: NOR AFANDI BIN MOHD SOHIME
NO.MATRIK: IEL110012
KOS: SYARIAH &UNDANG-UNDANG
KUMPULAN: 11, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM (APIUM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:


1) Apa yang saya belajar dari kelas APK pada hari jumaat yang lepas?

Saya dapat mempelajari cara merancang perjalanan of my future.  Saya dapat mengetahui bahawa masa depan seseorang itu sebenarnya adalah di atur oleh seseorang individu itu sendiri dan bukanlah kesemuanya atas takdir yang telah ditetapkan. Sebenarnya kita boleh mengubah takdir kita sendiri dengan cara merancang perjalanan hidup kita dengan lebih tersusun dan sistematik.

2) Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?

Saya rasa sangat bersemangat ketika mempelajari kelas APK disebabkan cara Mrs. Elaine yang sentiasa berinteraksi dengan semua pelajar. Dapat juga mengurangkan rasa mengantuk disebabkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kelas.

3) Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar?

 Saya dapat aplikasikannya setelah saya habis belajar dan juga dapat berkongsi dengan kawan-kawan berdasarkan apa yang telah saya pelajari. Selain itu, sambil mencari kerja yang sesuai, saya juga dapat merancang kerjaya lain yang berkaitan dengan keusahawanan.

Sekian . Terima Kasih

Norfaizah's Reflection

NAMA: NORFAIZAH BINTI RAMLI
NO.MATRIK: IEL110014
KOS: SYARIAH &UNDANG-UNDANG
KUMPULAN: 11, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM (APIUM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:


1) Apa yang saya belajar dari kelas APK pada hari jumaat yang lepas?

Pertama sekali, pada jumaat yang lepas, saya telah belajar bagaimana untuk mengurus masa dengan baik terutamanya dalam melakukan kerja secara berkumpulan. Pengurusan masa amat penting kerana sekiranya ia diurus dengan baik, segala kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Selain itu, saya juga dapat belajar bagaimana hendak menyusun dan merancang masa depan saya dengan baik agar segala yang diinginkan dapat dicapai dengan jayanya.

2) Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?

Saya rasa sangat bersemangat ketika mempelajari kelas APK disebabkan cara Mrs. Elaine yang sentiasa berinteraksi dengan semua pelajar. Dapat juga mengurangkan rasa mengantuk disebabkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kelas.

3) Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar?

 Saya dapat aplikasikannya setelah saya habis belajar dan juga dapat berkongsi dengan kawan-kawan berdasarkan apa yang telah saya pelajari. selain itu, sambil mencari kerja yangs sesuai, saya juga dapat merancang kerjaya lain yang berkaitan dengan keusahawanan.

Tq,..:-)





KENYATAAN SYARIKAT DUTCH LADY TERHADAP SUSU YANG DIEDARKAN DI BAWAH PROJEK SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA


Susu PS1M selamat untuk diminum
2011/10/13 - 15:23:37 PMCetakEmel Kawan

KUALA LUMPUR: Susu yang diedarkan di bawah Projek Susu Sekolah 1Malaysia (PS1M) oleh syarikat tenusu terkenal Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) adalah selamat untuk diminum oleh murid sekolah. 

Ketua Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Kawal Selia Dutch Lady, Rohana Safinah Abdul Hamid, berkata pengedaran susu PS1M ke seluruh negara oleh syarikat itu sentiasa dikawal rapi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan, terutama ke kawasan luar bandar.
  Di bawah projek PS1M yang bermula April lalu, seramai 1.5 juta murid dari 8,000 sekolah di seluruh negara mendapat manfaatnya. 

Beliau juga berkata, pihaknya sentiasa memantau proses pengedaran itu dan setiap sekolah akan dibekalkan dengan ‘pallet’ untuk meletak karton susu bagi mengelakkan kerosakan.
" Sementara guru akan diajar oleh pegawai kami yang turun padang mengenai cara untuk melindungi susu daripada tercemar," katanya pada majlis lawatan dan penerangan media ke syarikat itu di sini, hari ini. 

Beliau berkata, setiap bungkusan yang dihantar ke sekolah luar bandar khususnya pedalaman diselia dengan rapi dan pengedaran ditapis berulang kali untuk mengelakkan berlaku sebarang kerosakan.
Menyentuh mengenai pemberhentian sementara syarikat itu dalam projek susu sekolah pada 2007, ini adalah kerana untuk menambah baik pelaksanaan projek itu dan bukannya disebabkan isu keracunan susu seperti yang diwar-warkan. 
"Pihak kami sudah menganalisis isu yang timbul dan sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang kes keracunan berpunca daripada susu keluaran syarikat kami," katanya,
 

Rohana berkata, kualiti susu PS1M yang diedarkan kepada murid sekolah itu adalah sama dengan kualiti susu yang dijual di pasaran.
  Bagi program kali ini, pelbagai usaha penambah baik telah dilakukan termasuk mendidik guru dan murid sekolah luar bandar mengenai khasiat susu dan cara pengambilannya sebagai satu corak amalan hidup yang sihat. 

Sementara itu, pakar jaminan pengurusan kualiti Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd Rina Yeo berkata bungkusan susu yang digunakan untuk PS1M itu mengandungi enam lapisan bagi setiap kotak dan selagi bungkusan dijaga dengan baik, susu adalah selamat untuk diminum.
  "Sebelum bungkusan itu diedarkan, ia akan disemak berulang kali termasuklah produk tenusu selain bungkusannya," katanya. - BERNAMA

KEMEROSOTAN KEUNTUNGAN SYARIKAT DUTCH LADY



MASALAH YANG DIHADAPI-KEMEROSOTAN KEUNTUNGAN SYARIKAT
PETALING JAYA 27 Mei - Dutch Lady Milk Industries Bhd., pengeluar produk berasaskan tenusu terbesar negara mencatatkan pendapatan berjumlah RM711.5 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, naik 18 peratus daripada RM604.7 juta tahun sebelumnya.
Keuntungan sebelum cukainya, bagaimanapun merosot kepada RM57.8 juta berbanding RM64.7 juta pada tahun 2007.
Pengarah Urusan Dutch Lady, Hans Laarakker berkata, peningkatan kos bahan mentah utama seperti susu tepung tanpa lemak dan minyak sawit telah mengurangkan keuntungan syarikat tenusu tersebut.

LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MENINGKATKAN SEMULA KEUNTUNGAN SYARIKAT
"Bagaimanapun bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan mentah itu, kami melaksanakan pelbagai kaedah dengan pengenalan produk- produk baru yang lebih menarik dan berinovasi serta pelbagai inisiatif lain yang menjimatkan kos," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Dutch Lady di sini hari ini.
Menurut Laarakker, pasaran tenusu tempatan pada tahun lalu juga tidak memberangsangkan di mana ia disifatkan sebagai 'tepu' oleh pemain-pemain industri.
Secara umum jelasnya, pasaran tenusu tempatan tidak berkembang walaupun nilai pasarannya RM4 bilion setahun.
Bagaimanapun pengeluar produk tenusu tersebut masih meneraju pasaran dalam tiga kategori susu utama - susu UHT menikmati 58 peratus penguasaan pasaran, susu steril menguasai 65 peratus pasaran dan susu untuk pembesaran 31 peratus.
"Secara umumnya, Dutch Lady menguasai 20 peratus dari nilai keseluruhan pasaran menerusi pelbagai produk di pasaran," katanya.
Dutch Lady turut melihat kelemahan mata wang Ringgit menjadi penyumbang kepada penurunan penjualan produknya di mana pengguna dilihat cuba menyerap kemungkinan kenaikan harga barang makanan.
Laarakker berkata, bagi menggalakkan penjualan produknya di pasaran, Dutch Lady menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan Kempen Penurunan Harga bagi menyokong keperluan pengguna ketika berdepan dengan krisis ekonomi ketika ini.
Dalam pada itu, Dutch Lady juga turut mengumumkan peletakan jawatan pengerusinya Tan Sri Kamarul Ariffin yang mengambil keputusan untuk bersara selepas memegang jawatan tersebut sejak 33 tahun lalu.
Beliau akan digantikan oleh Datuk Zainal Abidin Puteh yang merupakan seorang bekas rakan kongsi terkenal di beberapa firma perakaunan utama.
Dipetik Dari Utusan Online 28 Mei 2009



KEUNTUNGAN SYARIKAT DUTCH LADY


Keuntungan sebelum cukai Dutch Lady meningkat 57.1%

DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) mencatat perolehan sebanyak RM810.65 juta bagi tahun kewangan berakhir 2011, 16.37 peratus lebih tinggi berbanding RM696.63 juta tahun sebelumnya.
Sementara keuntungan sebelum cukainya meningkat sebanyak 57.1 peratus kepada RM141.55 juta.

Pengarah Urusannya, Bas van den Berg, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya positif untuk mengekalkan keuntungan pada tahun ini walaupun berlaku turun naik harga bahan mentah.
“Bagaimanapun, Dutch Lady Malaysia menjangka untuk mencapai hasil yang positif dan mengekalkan keuntungan, selaras dengan ramalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar lima peratus dan membangunkan lagi penggunaan tenusu,” katanya.

Pada awal tahun ini, tiga produk iaitu DL Kid, DL School dan Minuman Yogurt DL Rendah Lemak diperkenalkan kepada pasaran, dengan kandungan 25 peratus kurang gula dan pihaknya menjangkakan lebih banyak produk kurang gula diperkenalkan tahun ini.

Mengenai pencapaian suku keempat 2011, Berg berkata, syarikatnya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM28.37 juta, berbanding RM10.84 juta bagi suku kewangan keempat tahun 2010.
Prestasi yang dicatatkan itu berikutan pencapaian bersejarah syarikat kepada jualan yang kukuh, kempen pemasaran yang kreatif dan perubahan program yang diperkenalkan kepada Dutch Lady Malaysia pada tahun 2010. “Kami menjalankan program yang dikenali sebagai Passion for Blue (PfB) iaitu dengan menyusun semula strategi fokus perniagaan dan pembangunan syarikat.

“PfB adalah unik di mana ia direka dengan inovatif untuk mencipta dan membina budaya perniagaan yang berjaya dalam Dutch Lady Malaysia bagi melonjakkan syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya, syarikat mencapai peningkatan besar untuk hasil suku kewangan keempat sebanyak RM211.40 juta berbanding RM156.77 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/27
Sumber: HARIAN METRO
KHAMIS, 18 OKTOBER 2012



KISAH KEJAYAAN


PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN  
SYARIKAT


                               
Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia. Kemenangan ini membuktikan kesungguhan syarikat untuk sentiasa mengamalkan yang terbaik bagi menaikkan keyakinan pemegang saham dan memperbaiki pengalaman pengguna bersama jenama Dutch Lady. Anugerah produktiviti NPC ini bukan sahaja merupakan penghargaan terhadap dedikasi dan kerjasama setiap pekerja di Dutch Lady, malah ia juga dapat membantu mengetengahkan kebaikan menggunakan unit-unit untuk mengukur tahap productiviti yang digunakan sebagai usaha untuk memastikan daya ketahanan syarikat akan kekal lama dan terus meningkat maju.

Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka. Organisasi Piawaian Antarabangsa (International Organization of Standardization, ISO) ialah rangkaian institut piawaian kebangsaan sedunia dari 146 buah negara. ISO menggalakkan piawaian sedunia yang memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa. Pengiktirafan ISO diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui kerjasama dengan organisasi-organisasi antarabangsa, kerajaan, industri, perniagaan dan wakil pengguna.

Pada tahun 2007, para pengguna Malaysia sekali lagi memilih Dutch Lady sebagai jenama susu yang lebih digemari lalu memberikan anugerah "Reader's Digest SuperBrands Gold Award" yang kesembilan kepada kami.  Ini adalah kemenangan terbaru dalam rekod berterusan Dutch Lady sejak Reader's Digest mula menganjurkan soal selidik tahunan ini pada tahun 1999. Soal selidik Reader's Digest SuperBrands ialah untuk mengenalpasti jenama yang paling digemari oleh para pengguna Asia berdasarkan 41 kategori produk.  Secara spontan, responden menamakan jenama kegemaran, daripada kategori produk gaya hidup hinggalah keperluan harian yang merangkumi pelbagai perkhidmatan dan barangan seperti insurans, stesen minyak dan sup. Menurut penganjur, jenama yang "layak dipanggil SuperBrands mewakili pengiktirafan kualiti cemerlang. 

Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur.

Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang makanan atau minuman mempunyai tanda 'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh dimakan oleh orang Islam. Barangan halal tidak mengandungi sebarang bahan tidak suci di bawah Undang-undang Syariah. Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. 

Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal' rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga memberi kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan. 

Segala kemudahan pengilangan Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah tertakluk pada lawatan tapak rutin yang menyeluruh oleh pegawai-pegawai teknikal JAKIM. Tatacara ini biasanya termasuk lawatan fizikal ke tapak, temu ramah dengan pekerja kilang dan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sijil 'halal' yang dikeluarkan oleh JAKIM diperbaharui setiap dua tahun. Pada bila-bila masa sahaja, JAKIM berhak untuk mengadakan pemeriksaan pematuhan menerusi pemantauan tetap secara perhubungan lisan dengan pihak syarikat, ataupun lawatan dan pemeriksaan mengejut.


Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal - Hazard Analysis and Critical Control Point) telah dianugerahkan kepada kilang Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi semua kilang pemprosesan dan pengilangan mereka. HACCP ialah satu kaedah penilaian risiko yang menggunakan pendekatan sistematik untuk menilai amalan keselamatan makanan. Ia dirancang untuk mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya dalam keselamatan makanan agar proses pengilangan terlindung daripada pencemaran dan risiko keracunan makanan dapat dikurangkan.

ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu pendekatan pengurusan bersistematik bagi menangani masalah alam sekitar yang dihadapi oleh syarikat seperti pengurusan air & sisa air, kualiti air dan pengurusan sisa.

KELEBIHAN ISO14001
·         Mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar melalui kaedah pencegahan dari punca
·         Mempertingkatkan imej syarikat

·         Penambahan keuntungan hasil dari penjimatan kos yang berkait dengan alam sekitar
·         Sentiasa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan


Piawaian ini menyediakan satu sistem yang memberi perlindungan kepada pekerja, pengunjung dan kontraktor daripada kemalangan yang tidak  diingini. Ia juga membantu mengelak kecederaan di tempat kerja, kehilangan upaya, kesihatan yang terjejas, penyakit, kecelakaan dan kematian.