background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

KENAIKAN HARGA SUSU DUTCH LADY?? ADAKAH IANYA BENAR???



'TAK NAIKKAN HARGA'

DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady), syarikat tenusu terbesar di negara ini masih mampu menawarkan produknya dengan harga yang berpatutan di sebalik peningkatan harga kos bahan mentah berikutan krisis makanan dunia. Pengarah Pemasarannya, Rahul Colaco berkata, syarikat itu tidak menaikkan harga produk dan mampu mengeluarkan produk yang berpatutan walaupun kos pengeluarannya bertambah dan seterusnya meningkatkan harga pasaran.

“Kami masih mengekalkan harga dan memerhatikan impak krisis makanan dengan teliti,” katanya ketika ditemubual selepas pelancaran produk baru Dutch Lady di Subang Jaya, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada syarikat akan menaikkan harga produk susunya pada masa akan datang. “Permintaan yang mendadak dari negara membangun juga memberi kesan kenaikan harga di dunia,” kata Colaco.


Sementara itu, Colaco berkata, Dutch Lady mempunyai pasaran kukuh di negara ini dengan menguasai 40 peratus pasaran sehingga kini yang diterajui lebih 150 produknya dari segmen berlainan. “Kami berbangga dapat menawarkan produk baru hari ini iaitu formula baru yang membantu kanak-kanak memenuhi keperluan DHA harian yang memberi nilai tambah untuk perkembangan otak optimum,” katanya.


DHA adalah asid lemak Omega 3 berkhasiat yang didapati secara semula jadi dalam pemakanan seperti ikan salmon dan tuna. “Formula baru membolehkan kami menambah lebih lima kali DHA tinggi berbanding sebelumnya membantu cabaran pemakanan yang dihadapi ibu bapa dalam penyediaan pemakanan sihat untuk anak mereka,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/12

No comments:

Post a Comment