background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

| NAJWA's REFLECTION (n_n)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  :)
Hi semua, 

Saya Najwa Shakirah binti Mohd Shafie.
Pelajar Tahun 2 Syariah & Undang-Undang. 
IEL 110010 
Ahli Kumpulan 11 APK, DK2. 
Group (Miss Elaine)

Pertama sekali, sebagai ahli kumpulan 11..

1.Apa yang saya belajar dari kelas APK hari jumaat yang lepas ?? 

Saya telah belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang datang secara tiba-tiba. Apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi masalah sebegitu, saya dan ahli kumpulan perlu menyelesaikannya dengan critical thinking. Disamping itu, masalah tersebut perlu ditangani dengan memikirkan cara penyelesaian secara think out of the box tanpa hanya fokus bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa tindakan yang kreatif dan inovatif.  Yaa.. semangat itu yang kita mahukan! ^^

2.Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas ??

Saya berasa teruja untuk belajar bersama-sama Miss Elaine yang sangat bertenaga dalam menerangkan sesuatu perkara. Sejujurnya, saya sangat bersetuju dengan satu fakta bahawa penyampaian yang kreatif oleh seorang pensyarah kepada pelajar sangat memainkan peranan penting sewaktu di dalam kuliah. Keadaan itu mampu menarik minat dan fokus pelajar untuk lebih konsentrasi dalam sesebuah pelajaran. Disamping itu, pelajar tidak akan bosan dan terasa mengantuk di dalam kuliah. Seriously, i did concentrated during the lecturer session last friday! so energatic and happening! :D cc: Miss Elaine

3.Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar ??

Bagi pendapat saya, apabila saya berhadapan dengan menerima sesuatu tekanan atau masalah yang berlaku tanpa kita jangka pada suatu hari nanti khususnya apabila saya memasuki alam pekerjaan, saya akan lebih berfikiran terbuka. Apa yang saya maksudkan disini ialah saya perlu bertenang apabila menghadapi masalah sebegitu tanpa rasa kelam-kabut. Saya perlu berfikir dengan kreatif dan innovatif tanpa merumitkan lagi keadaan. Disamping itu, saya juga boleh bertanya pendapat orang lain tentang bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi itu. Apa yang penting apabila menghadapi sesuatu masalah jangan mudah melatah dan selesaikannya dengan hati yang terbuka. Bertindak dengan buah fikiran dan tindakan bukan emosi semata-mata! :) 

Sekian, terima kasih... :)

No comments:

Post a Comment