background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 8 November 2012

: The Interview :





~ Hasil dua temu bual yang telah dijalankan terhadap responden terpilih ~




Nik Arsyad's_Reflection


Nik Mohd Arsyad bin Nik Man
IEL 110011
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?
Pada kelas APK minggu lalu saya telah dipilih menjadi wakil kumpulan sekali lagi, dan terpilih untuk menjadi pegawai bank. Tugas saya ialah untuk merekodkan pembayaran wang pinjaman oleh para usahawan dan merekod simpanan wang oleh para pekerja.


Walaupun saya tidak berpeluang untuk menjadi kumpulan usahawan,pelanggan,pekerja ataupun  pembekal,tetapi saya dapat memahami dan mengetahui cara untuk menjadi seorang usahawan yang baik dan berurusan dengan pihak-pihak yang lain. Secara umumnya saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman melalui simulasi keusahawanan yang diadakan dalam kelas APK yang  lepas.

Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?  

Saya rasa sangat seronok ketika melakukan simulasi keusahawanan baru-baru ini..walaupun saya tidak banyak bergerak dan hanya menunggu di hadapan,tetapi keseronokan dapat dirasai apabila melihat gelagat rakan-rakan yang menguruskan syarikat masing-masing. Ada yang rugi,ada yang untung.hehe..saya percaya,jika tempoh simulasi yang dijalankan dapat dilanjutkan,semua kumpulan usahawan dapat menstabilkan perniagaan mereka.


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?
ilmu yang saya dapat dari kelas APK yang lepas boleh saya aplikasikan apabila saya menceburi bidang perniagaan.

     
Sekian terima kasih, Assalamualaikum.




RESOURCES (TUGASAN KETIGA)

KEY PARTNERS
  • Banker
  • Supplier
  • Entrepreneur
  • Employee
  • Customer

1) SUPPLIER 

 
Produk "Mini Book" ini dibekalkan oleh kilang yang membuat cip khas untuk produk ini. Cip ini dicipta khas untuk pembelajaran. Dalam produk penciptaan kami iaitu "Mini Book Electronic" supplier merupakan salah pihak yang terpenting dalam membekalkan barang-barang keperluan elektronik atau cip untuk menghasilkan "Mini Book" ini. Kami telah berbincang dengan pihak pembekal agar mereka membekalkan barang-barang tersebut mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 

Selain itu, kami juga sentiasa memastikan bahawa barang-barang yang dibekalkan oleh  ini merupakan barang yang menepati standard piawaian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya kepada para pembeli produk "Mini Book Electronic" di kemudian hari. Disamping itu juga, sekiranya barang-barang yang dibekalkan itu tidak berkualiti, kemungkinan produk kami akan bermasalah terutamanya dari segi penjualan kerana tidak lagi mendapat sambutan daripada pembeli.

Oleh itu, pembekal adalah untuk memastikan kelangsungan penjualan produk "Mini Book Electronic".

2) BANKER

Produk "Mini Book Elektronik" merupakan satu produk yang memerlukan modal yang besar untuk membuat dan memasarkannya. Modal ini selalunya diperolehi melalui Bank. Antara Bank yang menawarkan pinjaman untuk perniagaaan adalah Bank Islam.

Pihak Bank merupakan antara pihak yang terpenting dan yang paling banyak menolong kami untuk menghasilkan dan menjual produk "Mini Book Electronic".  Hal ini kerana, mereka telah menyediakan skim pinjaman kepada peniaga yang hendak berniaga dengan kadar bayaran balik yang rendah. 

Selain itu, mereka juga banyak menolong kami disaat kami memerlukan. contohnya, apabila berlaku maqsalah dalam perniagaan kami terutamanya dari segi kewangan, maka mereka akan memberikan pinjaman kewangan dengan segera berdasarkan syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh setiap peminjam.

~Oleh itu, Supplier dan Banker amat penting dalam memastikan kelangsungan penjualan "Mini Book Electronic" dan membantu kami dalam memajukan dan meluaskan rangkaian perniagaan kami sehingga ke seluruh dunia.



Key Partners



4) Entrepreneur
  • Usahawan adalah orang yang memulakan dan menjalankan perniagaan Mini Book Electronic ini. Usahawan menguruskan perniagaan dengan cekap kerana mereka perlu berurusan dengan bank dalam urusan kewangan,berurusan dengan pembekal untuk mendapatkan bekalan produk. Seterusnya entrepreneur perlu mengambil pekerja untuk menjual produk ini.

5) Employee
  • Pekerja diperlukan untuk menjual dan mempromosikan produk Mini Book Electronic ini kepada orang ramai.

6) Customer
  • Pelanggan terdiri daripada dua kategori iaitu pelanggan tetap dan pelanggan tidak tetap. Pelanggan tetap ialah pelanggan yang membeli produk Mini Book Electronic ini secara berterusan dan dalam bilangan yang banyak untuk perniagaanya. Pelanggan yang tidak tetap pula ialah pelanggan secara perseorangan.



My Reflection: Norfaizah

Hai Miss Elaine;

*Maaf, minggu lepas saya tidak hadir kerana masalah kesihatan. Apa yang saya dapat disimpulkan disini berdasarkan pandangan daripada kawan-kawan saya:

1) Apa yang anda belajar pada kuliah yang lepas?

Berdasarkan respon daripada kawan-kawan saya pada kuliah yang lepas, mereka dapat belajar bagaimana sesuatu urusan perniagaan itu dijalankan tidak kira samada sebagai custemor, supplier,  dan sebaginya.

2) Apa yang anda rasa?

Ahli-ahli kumpulan saya mengatakan bahawa kuliah pada minggu lepas amat menarik kerana mereka dapat mengaplikasikan sendiri elemen-elemen yang penting dalam perniagaan walaupun bukan secara realitinya.contohnya tugas supplier untuk membekalkan barang-barang untuk berniaga burger

3) Dimana dan bila dapat mengaplikasikannya?

Dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian atau apabila semasa bekerja nanti.



Reflection- Nor Jannah

Nama: Nor Jannah Bt Ahmad
No matrik: IEL 110013
Fakulti: Akademi Pengajian Islam
Kursus: Syariah dan Undang-undang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

          Saya telah belajar bagaimana sesuatu urusan perniagaan itu dijalankan. Bermula daripada pihak terawal sehingga pihak yang terakhir. Semua pihak adalah amat penting kerana masing-masing mempunyai peranannya yang tersendiri.


Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?  

        Suasana pembelajaran sangat menarik apabila dipraktiskan sendiri perniagaan tersebut. Pelbagai pengalaman dapat diperolehi daripadanya.


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?


        Saya boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari ini semasa menjalankan perniagaan suatu hari nanti.


Sekian terima kasih, Assalamualaikum.



Feedback as an entrepreneur ! (2-11-12)


Hi Miss Elaine, we meet again.. :)

A short brief about the feedback as an entrepreneur.


  1. Customer Relations
  • Entrepreneur - (student + lecturer)
  • Creative strategies - by giving free gift (screen protector, charger, electronic pen and etc.)  
  • 3 years warranty
  • Sales - end of 3 months ( 30% - 70% less price )
  • Add on accessory with less price (ex: diamond screen protector, privacy screen protector)

  1. Activities
  • Promotion Day - Festival Day
  • Do some activities with customers - Drawing competition, Public speaking, "Reading Day" & etc.
  • Free gifts 
  • Lucky draw 
  • Free softwares - every 6 months

We have decided to make customers happy after buying our product.. Customer is our GOLD!  ^_^

That's all. TQ

NaJwA: Refleksi 2/11/12 ^_^

Najwa Shakirah Mohd Shafie
IEL 110010
Group 11 (API) 

Assalam, salam sejahtera semua... (n_n) 

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada minggu lepas, kami mengikuti sebuah permainan perniagaan. Kami telah dibahagiakan kepada customer, entrepreneur, supplier, employee. Saya telah ditugaskan menjadi customer  bersama rakan saya Husna. Kami telah diberikan wang note 50 ringgit untuk membeli burger-burger yang dijual oleh 
entrepreneur.  Hasilnya kami telah menghabiskan 65 ringgit dan berbaki 35 ringgit di tangan. Jumlah burger yang kami beli ialah 12 unit. Kami cukup teliti memilih burger yang kami ingini berdasarkan layanan penjual yang baik dan sebagainya. Mesti tertanya-tanya mengapa kami telah menghabiskan 65 ringgit sedangkan pada asalnya kami hanya mendapat wang saku sebanyak 50 ringgit. Hal ini demikian kerana kami telah berjaya menjawab soalan yang telah diberikan oleh Miss Elaine dan sebagai ganjarannya kami mendapat wang 50 ringgit tambahan. Pengalaman bermain permainan ini cukup memberi gambaran nyata tentang "flow of the business"  dalam kehidupan realiti kini.


Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas? 
  
Sejujurnya pada peringkat awal saya dan partner berasa sedikit bingung untuk menyesuaikan diri dengan permainan ini kerana semua sangat bising dalam memainkan peranan masing-masing. Namun begitu, saya berasa sangat seronok untuk memainkan peranan sebagai customer. Hanya menggunakan duit yang ada, saya mempunyai kuasa memilih mana-mana burger yang saya mahukan. Burger yang murah harganya dan berpatutan menjadi pilihan. Maka,  jelas disini bahawa pelanggan iaitu customer mempunyai hak majoriti dalam memilih barangan yang mereka mahukan. Veto suara pelanggan ! :)


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?

Sudah tentu sewaktu di alam pekerjaan saya nanti! Pengaplikasian ilmu perniagaan ini sangat penting untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak lain.. 


Sekian, Terima kasih.. 

ReFLEcT!On ( 2.11.2012 )

  Name: NUR AUNI DAMIA BINTI HISHAMUDDIN
   No Matrik : IEL 110015
       (((group 11)))


Hye, Miss Elaine!
Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu???

Pada minggu lepas, kami telah dibahagiakan kepada customer, entrepreneur, supplier, employee.
Kami telah ditugaskan untuk membuat perniagaan BURGER. Saya merupakan ahli kumpulan EMPLOYEE, dan saya ditugaskan untuk menghantar RESUME  kepada entrepreneur. Ketika, saya menulis resume tersebut, dapatlah saya simpulkan bahawa, pengalaman seseorang sangat bernilai untuk meminta pekerjaan. Bukan setakat, cemerlang di dalam akademik, tetapi juga perlu mempunyai banyak pengalaman.

Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas????
  
Perasaan saya ialah berasa sangat seronok dan hepy melihata gelagat kawan-kawan yang ditugaskan sebagai entrepreneur, ( mereka perlu berbincang dan memilih resume yang diberikan oleh employee, malah ada yang di tolak permohonan pekerjaannya) Selain itu, apabila employee diterima permohonannya, dia perlu menjual BURGER kepada CUSTOMER. Namun, bukan mudah tugas sebagai employee,  ini kerana, customer hendak membeli BURGER yang harganya murah dan berpatutan. maka, dari sini, dapatlah difahami bahawa strategi sesebuah perniagaan sangat penting .


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini.

Sudah semestinya, saya akan mempraktikkan di alam pekerjaan saya nanti. 


Sekian. tq

BuSiNess MoDel GeneraTion (tuGAsaN ke 3)

CuStoMer SegMeNts

Seperti mana diketahui, produk keluaran kumpulan kami adalah Mini Note Book  Electronic.  Pelanggan utama kami ialah pelajar dan pensyarah. Ini kerana, ianya adalah seakan-akan buku nota, namun yang berbezanya ia adalah elektronik dan amat sesuai ketika sesi pembelajaran dan pengajaran.


CusToMer RelatiOns

Di dalam sesebuah perniagaan, sudah semestinya memerlukan strategi untuk menarik pelanggan supaya membeli produk kami. Antaranya, kami memberikan diskaun kepada setiap pembelian. Kadar diskaun adalah 5% sehingga 30%. Ini kerana, sasaran pelanggan kami adalah pelajar, jadi kami perlu memberikan diskaun untuk membantu mereka untuk membeli produk kami. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan perniagaan produk kami kepada para pelajar.

Selain itu, kami juga memberi "free gift" kepada pelanggan di atas setiap pembelian. Antaranya, screen protector, charger, electronic pen, beg untuk mini note book, pendrive 4GB dan sebagainya.
Tambahan pula,kami juga memberikan jaminan warranty selama 3  tahun. Sekiranya berlaku kerosakan atau pun masalah pada Mini Note Book Electronic tersebut, pembeli boleh merujuk kepada kami dan sertakan resit pembelian untuk pembuktian.