background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

ASSIGNMENT (1)


SOKONGAN DAN SUMBANGAN SYARIKAT DUTCH LADY



Dutch Lady Malaysia tampil dengan sokongan
kepada ibu-ibu bekerja

Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia adalah satu wadah sumber holistik untuk para ibu dan keluarga mereka untuk mencapai kehidupan bekerja dan peribadi secara seimbang.

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 - Pengeluar tenusu terkemuka Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), hari ini memperkenalkan Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia (Malaysian Working Mothers’ Forum – MWMF) , satu wadah komuniti untuk membantu semua wanita menguruskan kerjaya, alam keibuan dan/atau tugas-tugas sebagai isteri secara serentak. Forum sosial ini akan membahas cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang bekerja dan bertujuan untuk mendidik dan memberi sokongan kepada mereka melalui pelbagai inisiatif yang akan dijalankan sepanjang 2011 dan seterusnya.

Dalam satu pengumuman media semasa pelancaran lunak hari ini, Encik Bas van den Berg, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, memperkenalkan rancangan-rancangan MWMF yang akan berlangsung sepanjang 2011. Antara inisiatif yang dirancang termasulah saluran FIBM baru di Facebook; satu tinjauan yang bukan sahaja untuk mengukur pendapat awam mengenai isu ini tetapi juga untuk mendapatkan profil para ibu bekerja; satu buku panduan maklumat untuk para ibu bekerja dan satu konvensyen untuk ibu bekerja dan keluarga mereka pada akhir tahun.

Sebagai permulaan, Syarikat mendedahkan inisiatif dalaman pertamanya di bawah payung MWMF iaitu penukaran dasar cuti bersalin bergaji selama 90 hari yang berkuatkuasa tahun ini. Menurut Encik van den Berg lagi, dasar baru ini mencerminkan sokongan Syarikat terhadap ibu-ibu yang bekerja yang memerlukan lebih masa untuk menjalankan tugas-tugas asuhan bayi dan pengurusan keluarga dengan baik. “Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan walaupun jumlah wanita bekerja semakin meningkat, komuniti wanita masih lagi satu sumber tenaga yang
belum dimanfaatkan sepenuhnya di negara ini. Usaha kami dalam membina produk yang menepati
keperluan makanan rakyat Malaysia turut menyedarkan kami tentang perlunya satu rangkaian atau wadah sokongan untuk para ibu bekerja juga. Kami mendapati bahawa para ibu sentiasa bimbang dalam memikul komitmen di tempat kerja dan tanggungjawab kekeluargaan secara serentak, dan kami percaya bahawa wadah ini adalah antara cara terbaik untuk mengatasi masalah dan kebimbangan ini. 

Di Dutch Lady Malaysia, kami selalu mencari jalan untuk membantu rakyat Malaysia terus maju ke hadapan dalam kehidupan, ” tambah beliau. Syarikat berharap organisasi-organisasi dari pelbagai industri dan yang sealiran pendapat akan tampil memberi sokongan dalam usaha untuk menjayakan forum ini. Dengan itu, DLM menjemput mana-mana organisasi yang sealiran dengannya untuk turut serta dalam penggerak sosial ini. Pemimpin pendapat, organisasi ataupun syarikat-syarikat swasta yang sealiran boleh menyumbang dari segi seminar, menyediakan maklumat untuk penyediaan buku panduan atau menyumbang masa dengan memberi khidmat nasihat kepada para ibu yang bekerja melalui saluran Facebook yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini, pihak yang berminat
boleh menghubungi Essence Communications Sdn Bhd di talian +603 7493 5588.

No comments:

Post a Comment