background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 22 November 2012

JANNAH'S REFLECTION


NOR JANNAH BT AHMAD
IEL110013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1) Apa yang telah saya pelajari dalam kelas APK yang lepas?
Saya belajar perkara baru dalam bidang keusahawanan ini iaitu Customer Segment,   Value Preposition, Key Partners, Channel, Customer Relationship,  Key Resources,Cost Structure dan Revenue Stream. Kini saya baru mengetahui bahawa bukan mudah untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Kita perlu memikirkan pelbagai perkara yang diperlukan sebagai persediaan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

2) Apa yang saya rasa tentang kelas APK minggu lepas?
Saya bersyukur dapat mempelajari ilmu APK ini yang amat berguna apabila ingin menjalankan perniagaan suatu hari nanti.

3) Dimana dan bila saya dapat mengaplikasikannya?
Saya akan mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari ini apabila ingin memulakan perniagaan kelak.

reflection 16/11/2012



Nadiatul Husna bte Mohd Amin / iel 110009Group 11 (APIUM)

Assalam, salam sejahtera semua...^^

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada minggu lepas, saya telah belajar dengan lebih jelas tentang 9 perkara asas sesebuah perniagaan oleh Miss Elaine iaitu " customer segments, value propositionschannelscustomer relationships, revenue streamskey resourceskey activitieskey partners and cost structure ".  Sememangnya ia merupakan satu ilmu yang baru bagi saya dan ahli kumpulan.


Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas? 
  
Saya berasa seronok dan bersyukur apabila dapat belajar sesuatu ilmu yang baru lebih-lebih lagi tentang perkara asas dalam menjalankan perniagaan. Ilmu yang saya telah pelajari ini akan dapat saya gunakan pada masa akan datang apabila saya ingin memulakan sesebuah perniagaan.

Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?

Semestinya dalam perniagaan yang saya ingin jalankan pada suatu hari nanti! Sememangnya 9 perkara asas perniagaan itu mampu memberi penjelasan yang sangat jelas kepada saya untuk lebih fokus pada perniagaan permulaan yang saya ingin jalankan. 


Sekian, Terima kasih..
 

relflection :nadiatul husna mohd amin,api,kumpulan 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada kelas APK minggu lalu saya telah dipilih untuk menjadi "customer" dan telah diberi sejumlah wang serta diberi peluang untuk membelanjakan wang tersebut untuk membeli "burger" bersama kawan saya iaitu najwa shakirah. Kami bersama-sama telah membelajakan wang yang diberikan untuk membeli mengikut kehendak kami dari penjual yang mempromosikan jualan masing-masing.

Walaupun saya tidak berpeluang untuk menjadi kumpulan pelabur,pekerja ataupun  pembekal,tetapi saya dapat memahami dan mengetahui cara untuk menjadi seorang usahawan yang baik dan berurusan dengan pihak-pihak yang lain. Secara umumnya saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman melalui permainan yang dilakukan di dalam kelas pada minggu lepas dan dapat belajar bagaimana untuk menjadi seorang pengguna yang bijak berbelanja dan membeli barang dari penjual.Selain berbelanja saya juga telah belajar untuk menabung di bank. 

Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?  

Saya rasa sangat seronok ketika melakukan aktiviti keusahawanan baru-baru ini, walaupun saya hanya membelanjakan wang yang diberikan tetapi ianya mengajar saya bagaimana menjadi pengguna yang bijak dan tidak mudah tertipu dengan penjual serta keseronokan dapat dirasai apabila melihat gelagat rakan-rakan yang menjalankan peranan masing-masing seperti pelabur,pekerja dan penjual. 


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?
ilmu yang saya dapat dari kelas APK yang lepas boleh saya aplikasikan apabila saya menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti.

     
Sekian terima kasih, Assalamualaikum.

NaJwA: Refleksi 16/11/12



Najwa Shakirah Mohd ShafieIEL 110010
Group 11 (APIUM)

Assalam, salam sejahtera semua... (n_n) 

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada minggu lepas, kami telah dedahkan dengan lebih jelas tentang 9 perkara asas perniagaan oleh Miss Elaine iaitu " customer segments, value propositions, channels, customer relationships, revenue streams, key resources, key activities, key partners and cost structure ".  Sememangnya ia merupakan satu ilmu yang baru bagi saya dan ahli kumpulan.


Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas? 
  
Saya berasa seronok apabila dapat belajar sesuatu ilmu yang baru lebih-lebih lagi tentang perkara asas dalam menjalankan perniagaan. Ilmu ini saya rasa amat penting dalam kehidupan saya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, saya berminat untuk berjinak-jinak di dalam perniagaan.

Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?

Semestinya dalam perniagaan yang saya ingin jalankan pada suatu hari nanti! Sememangnya 9 perkara asas perniagaan itu mampu memberi penjelasan yang sangat jelas kepada saya untuk lebih fokus pada perniagaan permulaan yang saya ingin jalankan. :) 


Sekian, Terima kasih..
 

Nur Auni Damia RefLecTiOn! (16.11.12)




Apa yang saya belajar pada kelas yang lepas?????

Pada kelas yang lepas, saya dapat mengetahui cara untuk membuat bisnes model di mana dapat di bahagikan kepada CUSTOMER SEGMENT, VALUE PREPOSITION, KEY PARTNERS, KEY ACTIVITIES, CHANNEL, CUSTOMER RELATIONSHIPS, REVENEU STREAMS, KEY RESOURCES,  COST STRUCTURE  di mana ianya saling berhubung dan memainkan peranan penting untuk memulakan perniagaan.
Dapatlah difahami bahawa, untuk memulakan perniagaan hendaklah berfikir strategi untuk menarik pelanggan untuk membeli produk kita. Secara tidak langsung, business model ini dapat diaplikasikan apabila seorang peniaga hendak membuka perniagaan.


Apa yang rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas???

Saya berasa sangat seronok. Ini kerana, saya dapat ilmu yang baru mengenai perniagaan. Walaupun, hanya duduk ditempat masing-masing dan saling berbincang dengan kawan sekumpulan mengenai apa yang diterang oleh Miss Elaine. Ini kerana kami kurang faham apa itu business modal???.
Namun, apabila saya tengok slideshow "BUSINESS MODAL" yang telah di "post" oleh Miss Elaine di facebook, dapatlah saya faham dengan lebih jelas mengenainya.

Dimana dan bila boleh saya aplikasikannya???

Sudah tentu, apabila saya hendak memulakan perniagaan pada masa akan datang!

From : NUR AUNI DAMIA BT HISHAMUDDIN
            (IEL 1100015)








Reflection of Norfaizah

NORFAIZAH BINTI RAMLI
IEL110014
SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG


1) Apa yang telah saya belajar dalam kelas APK yang lepas?

Minggu lepas, Miss elaine menerangkan pasal assignments yang mengandungi 9 bahagian antaranya ialah value proposition, customer segments, customer relationship dan sebagainya. Tajuk yang telah dipilih juga akan dibentangkan pada minggu berikutnya.

2) Apa yang saya rasa tentang kelas APK yang lepas?

Rasa seronok sebab dapat bertanya dan berbincang dengan miss elaine sendiri pasal tajuk assignments sama ada sesuai atau tidak.

3) Dimana dan bila saya dapar aplikasikan?

Saya dapat aplikasikannya sepanjang pembelajaran dan aktiviti harian.

Sunday 18 November 2012

Nor Afandi Reflection

Nor Afandi Bin Mohd Sohime
IEL 110012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa yang telah saya belajar dalam kelas APK yang lepas ?

Pada kelas APK minggu lepas saya telah belajar tentang cara untuk menganalis dan mengenalpasti akan pembayaran wang pinjaman yang telah direkod oleh ketua saya, iatu Nik Arsyad.

Walaupun saya bukan seorang pegawai bank, tapi saya dapat mengetahui tentang bagaimana cara yang betul untuk berurusan dengan bank secara lebih sistematik.


Apa yang saya rasa tentang kelas APK minggu lepas ?

Saya rasa lebih selesa bila sesi simulasi itu berlaku secara setempat. Tidak perlu untuk berlari-lari ke tempat lain. Itu lebih mudah dan lebih terurus. Saya harap agar simulasi seperti ini dapat diteruskan pada kelas-kelas yang akan datang.

Di mana saya dapat mengamalkan teori pembelajaran ini ?

Mungkin saya bukan seorang pegawai bank, tapi sekurang-kurangnya bila saya berurusan dengan bak secara tidak langsung saya tidak kekok kerana saya telah mempelajari serba sedikit tentang bank. Ini memudahkan urusan saya sekaligus menyenangkan pegawai bank untuk berurusan dengan saya.


Sekian Terima kasih .