background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

KISAH KEJAYAAN


PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN  
SYARIKAT


                               
Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia. Kemenangan ini membuktikan kesungguhan syarikat untuk sentiasa mengamalkan yang terbaik bagi menaikkan keyakinan pemegang saham dan memperbaiki pengalaman pengguna bersama jenama Dutch Lady. Anugerah produktiviti NPC ini bukan sahaja merupakan penghargaan terhadap dedikasi dan kerjasama setiap pekerja di Dutch Lady, malah ia juga dapat membantu mengetengahkan kebaikan menggunakan unit-unit untuk mengukur tahap productiviti yang digunakan sebagai usaha untuk memastikan daya ketahanan syarikat akan kekal lama dan terus meningkat maju.

Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka. Organisasi Piawaian Antarabangsa (International Organization of Standardization, ISO) ialah rangkaian institut piawaian kebangsaan sedunia dari 146 buah negara. ISO menggalakkan piawaian sedunia yang memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa. Pengiktirafan ISO diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui kerjasama dengan organisasi-organisasi antarabangsa, kerajaan, industri, perniagaan dan wakil pengguna.

Pada tahun 2007, para pengguna Malaysia sekali lagi memilih Dutch Lady sebagai jenama susu yang lebih digemari lalu memberikan anugerah "Reader's Digest SuperBrands Gold Award" yang kesembilan kepada kami.  Ini adalah kemenangan terbaru dalam rekod berterusan Dutch Lady sejak Reader's Digest mula menganjurkan soal selidik tahunan ini pada tahun 1999. Soal selidik Reader's Digest SuperBrands ialah untuk mengenalpasti jenama yang paling digemari oleh para pengguna Asia berdasarkan 41 kategori produk.  Secara spontan, responden menamakan jenama kegemaran, daripada kategori produk gaya hidup hinggalah keperluan harian yang merangkumi pelbagai perkhidmatan dan barangan seperti insurans, stesen minyak dan sup. Menurut penganjur, jenama yang "layak dipanggil SuperBrands mewakili pengiktirafan kualiti cemerlang. 

Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur.

Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang makanan atau minuman mempunyai tanda 'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh dimakan oleh orang Islam. Barangan halal tidak mengandungi sebarang bahan tidak suci di bawah Undang-undang Syariah. Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. 

Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal' rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga memberi kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan. 

Segala kemudahan pengilangan Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah tertakluk pada lawatan tapak rutin yang menyeluruh oleh pegawai-pegawai teknikal JAKIM. Tatacara ini biasanya termasuk lawatan fizikal ke tapak, temu ramah dengan pekerja kilang dan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sijil 'halal' yang dikeluarkan oleh JAKIM diperbaharui setiap dua tahun. Pada bila-bila masa sahaja, JAKIM berhak untuk mengadakan pemeriksaan pematuhan menerusi pemantauan tetap secara perhubungan lisan dengan pihak syarikat, ataupun lawatan dan pemeriksaan mengejut.


Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal - Hazard Analysis and Critical Control Point) telah dianugerahkan kepada kilang Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi semua kilang pemprosesan dan pengilangan mereka. HACCP ialah satu kaedah penilaian risiko yang menggunakan pendekatan sistematik untuk menilai amalan keselamatan makanan. Ia dirancang untuk mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya dalam keselamatan makanan agar proses pengilangan terlindung daripada pencemaran dan risiko keracunan makanan dapat dikurangkan.

ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu pendekatan pengurusan bersistematik bagi menangani masalah alam sekitar yang dihadapi oleh syarikat seperti pengurusan air & sisa air, kualiti air dan pengurusan sisa.

KELEBIHAN ISO14001
·         Mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar melalui kaedah pencegahan dari punca
·         Mempertingkatkan imej syarikat

·         Penambahan keuntungan hasil dari penjimatan kos yang berkait dengan alam sekitar
·         Sentiasa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan


Piawaian ini menyediakan satu sistem yang memberi perlindungan kepada pekerja, pengunjung dan kontraktor daripada kemalangan yang tidak  diingini. Ia juga membantu mengelak kecederaan di tempat kerja, kehilangan upaya, kesihatan yang terjejas, penyakit, kecelakaan dan kematian.


No comments:

Post a Comment