background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

KEUNTUNGAN SYARIKAT DUTCH LADY


Keuntungan sebelum cukai Dutch Lady meningkat 57.1%

DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) mencatat perolehan sebanyak RM810.65 juta bagi tahun kewangan berakhir 2011, 16.37 peratus lebih tinggi berbanding RM696.63 juta tahun sebelumnya.
Sementara keuntungan sebelum cukainya meningkat sebanyak 57.1 peratus kepada RM141.55 juta.

Pengarah Urusannya, Bas van den Berg, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya positif untuk mengekalkan keuntungan pada tahun ini walaupun berlaku turun naik harga bahan mentah.
“Bagaimanapun, Dutch Lady Malaysia menjangka untuk mencapai hasil yang positif dan mengekalkan keuntungan, selaras dengan ramalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar lima peratus dan membangunkan lagi penggunaan tenusu,” katanya.

Pada awal tahun ini, tiga produk iaitu DL Kid, DL School dan Minuman Yogurt DL Rendah Lemak diperkenalkan kepada pasaran, dengan kandungan 25 peratus kurang gula dan pihaknya menjangkakan lebih banyak produk kurang gula diperkenalkan tahun ini.

Mengenai pencapaian suku keempat 2011, Berg berkata, syarikatnya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM28.37 juta, berbanding RM10.84 juta bagi suku kewangan keempat tahun 2010.
Prestasi yang dicatatkan itu berikutan pencapaian bersejarah syarikat kepada jualan yang kukuh, kempen pemasaran yang kreatif dan perubahan program yang diperkenalkan kepada Dutch Lady Malaysia pada tahun 2010. “Kami menjalankan program yang dikenali sebagai Passion for Blue (PfB) iaitu dengan menyusun semula strategi fokus perniagaan dan pembangunan syarikat.

“PfB adalah unik di mana ia direka dengan inovatif untuk mencipta dan membina budaya perniagaan yang berjaya dalam Dutch Lady Malaysia bagi melonjakkan syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya, syarikat mencapai peningkatan besar untuk hasil suku kewangan keempat sebanyak RM211.40 juta berbanding RM156.77 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/27
Sumber: HARIAN METRO
KHAMIS, 18 OKTOBER 2012



No comments:

Post a Comment