background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

Dutch Lady Milk Industries Berhad



                    PROFIL SYARIKAT DUTCH LADY



Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.
Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah-buahan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport Antara produk-produk termasuklah Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy.
Syarikat percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh FrieslandCampina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456.
Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda.
Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my
Selain dairpada Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai tiga syarikat lain yang beroperasi di Malaysia. Syarikat tersebut didaftarkan dengan nama FrieslandCampina Business Development Unit, CPI Sdn Bhd, yang berfungsi sebagai ibupejabat Operasi Nasional, Syarikat FrieslandCampina Service Centre Asia Pacific Sdn Bhd, yang berstatus MSC dan Syarikat FrieslandCampina Domo Asia, yang menjalankan perniagaan jualan bahan ramuan.
Royal FrieslandCampina
 merupakan syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu dan bahan ramuan yang semulajadi, bernutrisi dan bermutu tinggi. Rasa, sihat, mudah dan jujur merupakan aspek utama yang dipegang Syarikat.
FrieslandCampina mencatatkan hasil pendapatan tahunan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun 2008. Ianya mempunyai 21,000 orang pekerja do 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan di 25 buah negara. Syarikat terbahagi kepada empat organisasi dalaman iaitu Produk Pelanggan Eropah, Produk Pelanggan Antarabangsa, Keju & Mentega dan Bahan Ramuan.
Variasi produk tenusu yang dihasilkan adalah seperti Susu berbentuk Tepung dan Likat, Minuman Susu, Yoghurt, Keju, Pencuci mulut, Krimer Kopi, Makanan Bayi, Mentega dan Bahan Ramuan.
Berikut adalah jenama produk yang dihasilkan oleh FrieslandCampina iaitu Campina, Chocomel, Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Fristi, Vifit, Landliebe, Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pöttyös, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow, Yazoo, Appelsientje, DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV, Kievit, Domo, Creamy Creation dan Nutrifeed.
Syarikat mengamalkan model kerjasama dalam menjalankan perniagaannya dimana 16,000 penternak lembu tempatan adalah merupakan pemilik Syarikat dan mempunyai kepentingan di dalam Syarikat.

No comments:

Post a Comment