background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

****Reflection!!!.~Nik Arsyad Nik Man~


Nik Mohd Arsyad bin Nik Man
IEL 110011
syariah dan undang-undang 
kumpulan 11 APK APIUM 


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1.Apa yang saya belajar dari kelas APK hari jumaat yang lepas ialah:

-saya telah dilantik sebagai ketua kumpulan ini,dan saya telah belajar tentang bagaimana menjadi seorang leader yang baik,bagaimana memberi arahan kepada ahli kumpulan,dan bagaimana menjadi seorang yang bertanggungjawab.
-saya dan ahli kumpulan saya telah belajar bagaimana menentukan cita-cita dengan betul dan realistik. daripada itu kami dapat mengetahui samada cita-cita yang diimpikan itu relistik atupun tidak dengan menyenaraikan keperluan kearah cita-cita tersebut dan ditambah dengan kelemahan yang ada sekarang untuk dibaiki untuk mencapai cita-cita tersebut.
- selain itu,saya dapat mengetahui cita-cita ahli kumpulan saya,dan dapat tahu kelemahan dan kelebihan mereka. secara tidak langsung saya dapat mengenali mereka selangkah lebih dekat. dan ini akan memudahkan gerak kerja berkumpulan nanti. secara tidak langsung,kami belajar bagaimana membentuk kerja secara berkumpulan ataupun disebut teamwork.

2.Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas ialah :

- kelas pada minggu lepas adalah bersifat aktif dan beraktiviti. saya sebagai ketua kumpulan perlu turun naik dari tempat duduk yang paling atas ke pentas. walaupun agak memenatkan,tetapi ia menjadi suatu senaman pada saya dan ia telah membantu saya supaya tidak kesejukan dalam kelas yang beraircond.hehe.

3.Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar:

-tidak dinafikan leadership amat perlu ketika dialam pekerjaan nanti, semestinya leadership yang diajar dalam kelas APK ini akan membantu saya dialam pekerjaan nanti.
-selain itu,ia juga dapat membantu dalam tugasan-tugasan berkumpulann yang akan datang dan boleh juga diaplikasikan dalam aktiviti persatuan yang saya sertai.

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment