background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 18 October 2012

Anugerah Yang Diterima Oleh Syarikat Dutch Lady


 

Dutch Lady menang produk susu  pengguna terbaik

 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Syarikat susu, Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) dipilih sebagai penerima anugerah TheBrandLaureate 2009/2010 untuk kategori Produk Susu Pengguna Terbaik. Anugerah BrandLaureate yang diperkenalkan sejak enam tahun yang lalu di Malaysia, telah diiktirafkan di peringkat Anugerah Grammy untuk jenama dengan perakuan pengguna dan prestasi runcit yang kukuh. 

Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Rahul Colaco berkata, kemenangan ini memperlihatkan komitmen dan penghasilan produk-produk berkualiti untuk generasi pengguna setia. Katanya, pengguna di Malaysia memainkan peranan dalam kejayaan syarikatnya sehingga berjaya memenangi anugerah tersebut. Jelasnya, jenama yang kukuh pada masa ini perlu mengikuti permintaan pasaran terkini untuk berada di hadapan dalam persaingan dan juga memenuhi harapan pengguna yang semakin meningkat.

"Sebagai perusahaan yang dikenali, kita harus patuh pada piawaian industri antarabangsa yang ketat. Sebagai jenama yang mempunyai pelbagai produk susu berkualiti, Dutch Lady menikmati ikatan yang kuat dengan pengguna dari pelbagai kumpulan umur. "Produk susu Dutch Lady telah berperanan dalam menyediakan nutrisi yang sihat, mempromosi gaya hidup aktif dan menggalakkan pemakanan sihat yang baik antara warga muda dan tua," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Dutch Lady adalah syarikat susu pertama di dunia yang memperkenalkan formulasi susu khusus untuk anak-anak pada 1988. Kategori Growing-Up Milk (GUM) adalah untuk anak-anak berumur satu hingga tiga tahun dan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memberikan nutrisi penting bagi pertumbuhan yang sihat dan perkembangan otak, dan setelah 22 tahun, ia tetap menjadi kegemaran dengan kedua-dua ibu dan anak. 

Kategori-kategori seperti susu UHT, disteril dan susu yang dipasteur, makanan ringan yogurt, minuman yogurt menarik kumpulan usia yang berbeza dengan pelbagai rasa dan menyediakan nutrisi terutama untuk tuntutan gaya hidup masa kini. Colaco menambah, selain menghasilkan produk-produk susu berkualiti, Dutch Lady berusaha untuk mendidik rakyat Malaysia untuk membuat pilihan nutrisi dengan minum susu. 

Jelasnya, selama beberapa tahun ini, pihaknya telah meraikan Hari Susu Sedunia dengan masyarakat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan penilaian terhadap pengambilan susu. Meskipun perniagaan kami turut meletakkan sasaran untuk memenangi penghargaan, pengiktirafan seperti anugerah TheBrandLaureate itu adalah seperti pelengkap terhadap produk keluaran kami yang sudah stabil," jelasnya.

Antara penghargaan antarabangsa lain yang pernah dimenangi oleh Dutch Lady adalah Reader's Digest Superbrands Gold Award selama sebelas tahun berturut-turut, antara 1999 hingga 2009. Selain diiktiraf berkualiti tinggi, pengguna di Malaysia mengundi dan memilih Dutch Lady sebagai jenama pilihan dalam kategori produk susu.

No comments:

Post a Comment