background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday, 1 November 2012

RefleCtioN_AfaNdi



MY REFLECTION  ;

NOR AFANDI BIN MOHD SOHIME
DEPARTMENT SYARIAH AND LAW
IEL 110012

Assalamualaikum semua rakan-rakan seperjuangan.

1. Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu .

Saya dapat mengetahui serba sedikit tentang apakah itu sebenar Manager, pekerja, customer, pesaing, pemegang amanah dalam sesebuah organisasi.
Saya juga dapat mengenal pasti masalah seterusnya berfikir untuk menyelesaikannya dengan bijak dan sistematik.


2. Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas.

Saya rasakan bagai terdapat satu spirit mental untuk melakukan dan menjayakan sesebuah perniagaan dan sekaligus menimbul minat untuk menceburi bidang keusahawanan.



3. Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini.

Ilmu ini sebenarnya menarik, dan mungkin saya boleh gunakan di alam pekerjaan saya nanti . 

Tuesday, 30 October 2012

NAJWA: Refleksi diri~ :D

Nama: Najwa Shakirah Mohd Shafie
No. Matrik: IEL110010
Jurusan: Syariah & Undang-Undang
Kumpulan: 11, (Akademi Pengajian Islam)


Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua.. 

*Disini saya ingin membuat sedikit rumusan terhadap respon-respon yang diberikan di dalam ahli-ahli kumpulan bagi sesi kuliah jumaat lepas kerana saya tidak dapat menghadirkan diri pada kuliah lepas kerana masalah kesihatan.

Apa yang saya pelajari jumaat lepas?

Respon daripada ahli kumpulan, majoriti mengatakan tentang elemen-elemen yang perlu ada di dalam sesebuah perniagaan seperti employee, manager &customer . Hali ini kerana ia sangat penting dalam bidang perniagaan. Semangat kerjasama dan gabungan yang yang baik bagi kesemua pihak ini akan menghasilkan produk yang sangat berkualiti untuk dimanfaatkan oleh pelanggan dan pengguna. 

Apa perasaan saya?

Respon daripada ahli kumpulan, masing-masing mengakui secara jujurnya bahawa pembelajaran pada minggu lepas sangat menarik. Ia sangat menyeronokkan dengan adanya perdebatan antara ketujuh-tujuh pihak itu dan situasinya seperti situasi yang sebenar. Secara tidak langsung kami dapat menggambarkan keadaan-keadaan yang munkin akan berlaku di dalam perniagaan yang kami akan jalankan disamping memberi pendedahan awal tentang situasi-situasi yang mungkin akan berlaku di dalam perniagaan kami.

Bila boleh aplikasi?

Respon daripada ahli kumpulan, mereka mengakui bahawa dengan adanya pendedahan seperti yang dilakukan di dalam kuliah lepas sedikit sebanyak boleh diaplikasikan di dalam maklumat-maklumat yang diperolehi apabila menceburi bidang perniaggan selepas ini. Penting untuk semua bersedia dengan lebih awal untuk menghadapi segala risiko ini kelak. Sekurang-kurangnya, apabila datangnya pelbagai risiko kepada saya di dalam perniagaan ini pada masa akan datang, saya akan menghadapinya dengan tenang dan menyelesaikannya dengan ilmu yang telah saya pelajari ini.

Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu lepas sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada semua dalam menghadapi masalah yng munkin akan berlaku ketika menjalankan perniagaan.. Harapan saya agar info-info yang diperoleh ini dapat digunakan sebaiknya pada masa akan datang. :)

My RefLeCtion_NikArSyaD


Nik Mohd Arsyad Nik Man
IEL 110011


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

1. Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu ialah:

 saya dapat mengetahui fungsi/peranan Manager,pekerja,suplier,costumer,pesaing dan pemegang saham
dalam sesebuah perniagaan.
selepas itu,saya belajar bagaimana mengenalpasti masalah dalam sesebuah perniagaan.
 selepas mengenalpasti masalah,maka boleh lah saya mencari jalan penyelesaiannya.

2. Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas ialah:

 saya rasa bersemangat untuk berniaga dan menceburi dunia keusahawanan

3. diamana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang saya dapat ini ialah:

saya dapat mengggunakan pengetahuan  yang saya dapat ini apabila saya menceburi bidang perniagaan nati,selain itu boleh juga saya aplikasikan dalam sesuatu organisasi yang saya sertai.

Monday, 29 October 2012

Faizah's Reflection

Nama: Norfaizah binti Ramli
No.Matrik: IEL110014
Jabatan: Syariah dan Undang-undang
Kumpulan: 11 (Akademi Pengajian Islam)


Assalamualaikum...:-)

1) Apa yang  telah anda pelajari pada jumaat yang lepas?

Pada setiap minggu, banyak ilmu baru yang saya perolehi terutamanya pada jumaat yang lepas. Antaranya ialah peranan yang perlu dimainkan oleh setiap pihak yang terlibat dalam bidang perniagaan. Diantaranya ialah pengurus, pelanggan, pelabur, pekerja, pelabur dan pesaing. Peranan yang dimainkan oleh mereka sangat penting agar perniagaan yang dijalankan dapat berkembang dengan lebih maju. contohnya adalah pengurus, beliau mestilah sentiasa memastikan pekerja-pekerjanya melakukan kerja dengan baik agar tidak timbul masalah pada perniagaannya.

2) Bagaimana perasaan anda?

Saya sangat seronok dan gembira kerana setiap kumpulan dikehendaki berpecah dan membentuk kumpulan lain yang telah dibahagikan mengikut tugasan masing-masing. Tugasan seperti ini dapat lagi mengeratkan hubungan antara rakan-rakan kumpulan lain dan dapat bertukar-tukar idea dan buah fikiran.

3) Dimana dan bagaimana anda dapat aplikasikan apa yang anda pelajari?

Saya dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari setiap minggu dalam kehidupan harian saya terutamanya sebagai seorang pelajar. Saya juga dapat aplikasikannya ketika saya telah bekerja suatu hari nanti.

Sunday, 28 October 2012

Nor jannah reflection

Nama : NOR JANNAH BT AHMAD
NO. Matrik : IEL110013
Jurusan      : SYARIAH & UNDANG-UNDANG
Kumpulan  : 11, (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM)




Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Apa yang saya pelajari jumaat lepas?

Saya mengetahui bahawa tujuh elemen ( employee, manager, customer dll) ini sangat penting dalam bidang perniagaan. Kerjasama dan gabungan yang yang baik oleh kesemua pihak ini akan menghasilkan produk yang sangat berkualiti kerana keprihatinan semua pihak yang bertanggungjawab terhadapnya.

Apa perasaan saya?

Pembelajaran pada minggu ini sangat menarik. Ia sangat menyeronokkan dengan adanya perdebatan antara ketujuh-tujuh pihak itu dan situasinya seperti situasi yang sebenar

Bila boleh aplikasi?

Saya boleh mengaplikasi maklumat-maklumat yang diperolehi ini apabila menceburi bidang perniaggan selepas ini. Oleh itu saya dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi segala risiko ini kelak. Saya akan mencari peluang pekerjaan di dalam bidang keusahawan ini dan akan sentiasa bertanyakan soalan- soalan di dalam bidang keusahawan ini kepada orang yang berpengatahuan luas dalam bidang ini. Apabila datangnya pelbagai risiko kepada saya dalam perniagaan ini kelak, saya akan menghadapinya dengan tenang dan menyelesaikannya dengan ilmu yang telah saya pelajari ini 


Thursday, 25 October 2012

NADIATUL'S REFLECTION

NAMA : NADIATUL HUSNA BTE MOHD AMIN
NO.MATRIK : IEL 110009
JABATAN: SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG APIUM
KUMPULAN 11 , API

ASSALAMUALAIKUM , HYE!

1- APA YANG TELAH SAYA BELAJAR

 saya telah belajar 4 perkara penting pada permulaan kelas iaitu  "politeness, greet, smile and initiative".
4 sikap ini penting untuk dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian saya kerana ianya berguna in reality bila saya berada dalam alam pekerjaan nanti.Next, saya dapat mengetahui elemen2 penting dalam sesebuah entiti perniagaan dimana kesemuanya saling memerlukan antara satu sama lain dan perlu saling bantu-membantu. no win-lose situation but win-win situation and in a real life and reality out there saya belajar bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

2. BAGAIMANA PERASAAN SAYA

sangat bersyukur kerana every week saya dapat belajar suatu ilmu yang baru which can help me a lots dalam pembelajaran saya and for my future.

3.DIMANA DAN BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGAPLIKASIKAN APA  YANG DIPELAJARI

saya dapat mengaplikasikan ilmu2 keuasahawanan ini pada masa akan datang dan juga apabila ingin merancang dan memulakan sebuah perniagaaan nanti di masa hadapan.

sekian.TQ ^ ^

RefLectIOn By NUr AUNi DAmia Bt HishamuDDin BAgi MiNggu ke-6

 Hye!

Nama : Nur Auni Damia binti Hishamuddin
No matrik : IEL 110015
Jabatan : Syariah Undang-undang
Kumpulan : 11, API (DK2)

Refleksi saya bagi minggu ke-6..

Apa Yang Telah Anda Belajar??

Pada minggu ke 6, saya telah belajar mengenai peranan-peranan penting dalam sesebuah perniagaan iaitu supplier, customer, investor, employee,  manager dan competitor. Namun, Miss Elaine mengatakan bahawa peranan yang paling penting adalah CUSTOMER sepertimana kata-kata CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Selain itu, saya dapat saling berkongsi idea-idea ini kerana kami dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut peranan masing-masing yang telah saya katakan tadi. Bukan setakat, masing-masing menyalahkan orang lain, tetapi secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan masing-masing bahawa setiap orang memainkan peranan penting untuk memajukan sesebuah perniagaan.

BagaiMaNA PerAsaaN Anda?

Dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, saya berasa sangat seronok. Ditambah pula, dengan cara pengajaran Miss Elaine yang sangat kreatif dan enjoy!

Dimana dan BaGAimana Anda BOleh MemoHOn Apa YAng Anda PelaJAri??

Saya akan cuba mencari peluang pekerjaan di dalm bidang keusahawanan dan akan selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Ini kerana pengalaman dapat mengajar kita erti kehidupan.
Tidak semestinya, saya perlu terus menjadi usahawan yang berjaya sekaligus, tetapi biarlah bermula dari bawah asalkan pengalaman dapat mematangkan diri saya dalam bidang usahawan ini. Secara tidak langsung, apabila sesuatu risiko berlaku di dalam perniagaan saya, saya tidak mudah terngadah atau berputus asa.

Sekian dari saya.

For : MIsS ELAiNe