background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 25 October 2012

RefLectIOn By NUr AUNi DAmia Bt HishamuDDin BAgi MiNggu ke-6

 Hye!

Nama : Nur Auni Damia binti Hishamuddin
No matrik : IEL 110015
Jabatan : Syariah Undang-undang
Kumpulan : 11, API (DK2)

Refleksi saya bagi minggu ke-6..

Apa Yang Telah Anda Belajar??

Pada minggu ke 6, saya telah belajar mengenai peranan-peranan penting dalam sesebuah perniagaan iaitu supplier, customer, investor, employee,  manager dan competitor. Namun, Miss Elaine mengatakan bahawa peranan yang paling penting adalah CUSTOMER sepertimana kata-kata CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Selain itu, saya dapat saling berkongsi idea-idea ini kerana kami dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut peranan masing-masing yang telah saya katakan tadi. Bukan setakat, masing-masing menyalahkan orang lain, tetapi secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan masing-masing bahawa setiap orang memainkan peranan penting untuk memajukan sesebuah perniagaan.

BagaiMaNA PerAsaaN Anda?

Dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, saya berasa sangat seronok. Ditambah pula, dengan cara pengajaran Miss Elaine yang sangat kreatif dan enjoy!

Dimana dan BaGAimana Anda BOleh MemoHOn Apa YAng Anda PelaJAri??

Saya akan cuba mencari peluang pekerjaan di dalm bidang keusahawanan dan akan selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Ini kerana pengalaman dapat mengajar kita erti kehidupan.
Tidak semestinya, saya perlu terus menjadi usahawan yang berjaya sekaligus, tetapi biarlah bermula dari bawah asalkan pengalaman dapat mematangkan diri saya dalam bidang usahawan ini. Secara tidak langsung, apabila sesuatu risiko berlaku di dalam perniagaan saya, saya tidak mudah terngadah atau berputus asa.

Sekian dari saya.

For : MIsS ELAiNe










No comments:

Post a Comment