background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Tuesday 30 October 2012

NAJWA: Refleksi diri~ :D

Nama: Najwa Shakirah Mohd Shafie
No. Matrik: IEL110010
Jurusan: Syariah & Undang-Undang
Kumpulan: 11, (Akademi Pengajian Islam)


Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua.. 

*Disini saya ingin membuat sedikit rumusan terhadap respon-respon yang diberikan di dalam ahli-ahli kumpulan bagi sesi kuliah jumaat lepas kerana saya tidak dapat menghadirkan diri pada kuliah lepas kerana masalah kesihatan.

Apa yang saya pelajari jumaat lepas?

Respon daripada ahli kumpulan, majoriti mengatakan tentang elemen-elemen yang perlu ada di dalam sesebuah perniagaan seperti employee, manager &customer . Hali ini kerana ia sangat penting dalam bidang perniagaan. Semangat kerjasama dan gabungan yang yang baik bagi kesemua pihak ini akan menghasilkan produk yang sangat berkualiti untuk dimanfaatkan oleh pelanggan dan pengguna. 

Apa perasaan saya?

Respon daripada ahli kumpulan, masing-masing mengakui secara jujurnya bahawa pembelajaran pada minggu lepas sangat menarik. Ia sangat menyeronokkan dengan adanya perdebatan antara ketujuh-tujuh pihak itu dan situasinya seperti situasi yang sebenar. Secara tidak langsung kami dapat menggambarkan keadaan-keadaan yang munkin akan berlaku di dalam perniagaan yang kami akan jalankan disamping memberi pendedahan awal tentang situasi-situasi yang mungkin akan berlaku di dalam perniagaan kami.

Bila boleh aplikasi?

Respon daripada ahli kumpulan, mereka mengakui bahawa dengan adanya pendedahan seperti yang dilakukan di dalam kuliah lepas sedikit sebanyak boleh diaplikasikan di dalam maklumat-maklumat yang diperolehi apabila menceburi bidang perniaggan selepas ini. Penting untuk semua bersedia dengan lebih awal untuk menghadapi segala risiko ini kelak. Sekurang-kurangnya, apabila datangnya pelbagai risiko kepada saya di dalam perniagaan ini pada masa akan datang, saya akan menghadapinya dengan tenang dan menyelesaikannya dengan ilmu yang telah saya pelajari ini.

Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu lepas sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada semua dalam menghadapi masalah yng munkin akan berlaku ketika menjalankan perniagaan.. Harapan saya agar info-info yang diperoleh ini dapat digunakan sebaiknya pada masa akan datang. :)

No comments:

Post a Comment