background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 22 November 2012

relflection :nadiatul husna mohd amin,api,kumpulan 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada kelas APK minggu lalu saya telah dipilih untuk menjadi "customer" dan telah diberi sejumlah wang serta diberi peluang untuk membelanjakan wang tersebut untuk membeli "burger" bersama kawan saya iaitu najwa shakirah. Kami bersama-sama telah membelajakan wang yang diberikan untuk membeli mengikut kehendak kami dari penjual yang mempromosikan jualan masing-masing.

Walaupun saya tidak berpeluang untuk menjadi kumpulan pelabur,pekerja ataupun  pembekal,tetapi saya dapat memahami dan mengetahui cara untuk menjadi seorang usahawan yang baik dan berurusan dengan pihak-pihak yang lain. Secara umumnya saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman melalui permainan yang dilakukan di dalam kelas pada minggu lepas dan dapat belajar bagaimana untuk menjadi seorang pengguna yang bijak berbelanja dan membeli barang dari penjual.Selain berbelanja saya juga telah belajar untuk menabung di bank. 

Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?  

Saya rasa sangat seronok ketika melakukan aktiviti keusahawanan baru-baru ini, walaupun saya hanya membelanjakan wang yang diberikan tetapi ianya mengajar saya bagaimana menjadi pengguna yang bijak dan tidak mudah tertipu dengan penjual serta keseronokan dapat dirasai apabila melihat gelagat rakan-rakan yang menjalankan peranan masing-masing seperti pelabur,pekerja dan penjual. 


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?
ilmu yang saya dapat dari kelas APK yang lepas boleh saya aplikasikan apabila saya menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti.

     
Sekian terima kasih, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment