background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 22 November 2012

NaJwA: Refleksi 16/11/12



Najwa Shakirah Mohd ShafieIEL 110010
Group 11 (APIUM)

Assalam, salam sejahtera semua... (n_n) 

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada minggu lepas, kami telah dedahkan dengan lebih jelas tentang 9 perkara asas perniagaan oleh Miss Elaine iaitu " customer segments, value propositions, channels, customer relationships, revenue streams, key resources, key activities, key partners and cost structure ".  Sememangnya ia merupakan satu ilmu yang baru bagi saya dan ahli kumpulan.


Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas? 
  
Saya berasa seronok apabila dapat belajar sesuatu ilmu yang baru lebih-lebih lagi tentang perkara asas dalam menjalankan perniagaan. Ilmu ini saya rasa amat penting dalam kehidupan saya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, saya berminat untuk berjinak-jinak di dalam perniagaan.

Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?

Semestinya dalam perniagaan yang saya ingin jalankan pada suatu hari nanti! Sememangnya 9 perkara asas perniagaan itu mampu memberi penjelasan yang sangat jelas kepada saya untuk lebih fokus pada perniagaan permulaan yang saya ingin jalankan. :) 


Sekian, Terima kasih..
 

No comments:

Post a Comment