background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday, 18 October 2012

ouR SerViCe







OuR GrOup's MemBers


wE ARE FrOM dEPARTmENT sYARIAH ANd laW. wE hOPE tHIS bLOG will  HeLp   and So UseFull to Us.



1) Nik  Mohd Arsyad Bin Nik MAn   (IEL 110013)

2) Nur Afandi Bin Mohd Sohime (IEL 110012)

3) Najwa Syakirah Bt Mohd Syafie (IEL 110010)

4) Nur Jannah bt Ahmad (IEL 110013)


5 ) Nur Auni Damia Binti Hishamuddin   (IEL 110015) 


6) Nadiatul Husna Bt Mohd Amin ( IEL 110009)


7) Norfaizah Bt Ramli ( IEL 110014)













ASSIGNMENT (1)


SOKONGAN DAN SUMBANGAN SYARIKAT DUTCH LADY



Dutch Lady Malaysia tampil dengan sokongan
kepada ibu-ibu bekerja

Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia adalah satu wadah sumber holistik untuk para ibu dan keluarga mereka untuk mencapai kehidupan bekerja dan peribadi secara seimbang.

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 - Pengeluar tenusu terkemuka Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), hari ini memperkenalkan Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia (Malaysian Working Mothers’ Forum – MWMF) , satu wadah komuniti untuk membantu semua wanita menguruskan kerjaya, alam keibuan dan/atau tugas-tugas sebagai isteri secara serentak. Forum sosial ini akan membahas cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang bekerja dan bertujuan untuk mendidik dan memberi sokongan kepada mereka melalui pelbagai inisiatif yang akan dijalankan sepanjang 2011 dan seterusnya.

Dalam satu pengumuman media semasa pelancaran lunak hari ini, Encik Bas van den Berg, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, memperkenalkan rancangan-rancangan MWMF yang akan berlangsung sepanjang 2011. Antara inisiatif yang dirancang termasulah saluran FIBM baru di Facebook; satu tinjauan yang bukan sahaja untuk mengukur pendapat awam mengenai isu ini tetapi juga untuk mendapatkan profil para ibu bekerja; satu buku panduan maklumat untuk para ibu bekerja dan satu konvensyen untuk ibu bekerja dan keluarga mereka pada akhir tahun.

Sebagai permulaan, Syarikat mendedahkan inisiatif dalaman pertamanya di bawah payung MWMF iaitu penukaran dasar cuti bersalin bergaji selama 90 hari yang berkuatkuasa tahun ini. Menurut Encik van den Berg lagi, dasar baru ini mencerminkan sokongan Syarikat terhadap ibu-ibu yang bekerja yang memerlukan lebih masa untuk menjalankan tugas-tugas asuhan bayi dan pengurusan keluarga dengan baik. “Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan walaupun jumlah wanita bekerja semakin meningkat, komuniti wanita masih lagi satu sumber tenaga yang
belum dimanfaatkan sepenuhnya di negara ini. Usaha kami dalam membina produk yang menepati
keperluan makanan rakyat Malaysia turut menyedarkan kami tentang perlunya satu rangkaian atau wadah sokongan untuk para ibu bekerja juga. Kami mendapati bahawa para ibu sentiasa bimbang dalam memikul komitmen di tempat kerja dan tanggungjawab kekeluargaan secara serentak, dan kami percaya bahawa wadah ini adalah antara cara terbaik untuk mengatasi masalah dan kebimbangan ini. 

Di Dutch Lady Malaysia, kami selalu mencari jalan untuk membantu rakyat Malaysia terus maju ke hadapan dalam kehidupan, ” tambah beliau. Syarikat berharap organisasi-organisasi dari pelbagai industri dan yang sealiran pendapat akan tampil memberi sokongan dalam usaha untuk menjayakan forum ini. Dengan itu, DLM menjemput mana-mana organisasi yang sealiran dengannya untuk turut serta dalam penggerak sosial ini. Pemimpin pendapat, organisasi ataupun syarikat-syarikat swasta yang sealiran boleh menyumbang dari segi seminar, menyediakan maklumat untuk penyediaan buku panduan atau menyumbang masa dengan memberi khidmat nasihat kepada para ibu yang bekerja melalui saluran Facebook yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini, pihak yang berminat
boleh menghubungi Essence Communications Sdn Bhd di talian +603 7493 5588.

KENAIKAN HARGA SUSU DUTCH LADY?? ADAKAH IANYA BENAR???



'TAK NAIKKAN HARGA'

DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady), syarikat tenusu terbesar di negara ini masih mampu menawarkan produknya dengan harga yang berpatutan di sebalik peningkatan harga kos bahan mentah berikutan krisis makanan dunia. Pengarah Pemasarannya, Rahul Colaco berkata, syarikat itu tidak menaikkan harga produk dan mampu mengeluarkan produk yang berpatutan walaupun kos pengeluarannya bertambah dan seterusnya meningkatkan harga pasaran.

“Kami masih mengekalkan harga dan memerhatikan impak krisis makanan dengan teliti,” katanya ketika ditemubual selepas pelancaran produk baru Dutch Lady di Subang Jaya, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada syarikat akan menaikkan harga produk susunya pada masa akan datang. “Permintaan yang mendadak dari negara membangun juga memberi kesan kenaikan harga di dunia,” kata Colaco.


Sementara itu, Colaco berkata, Dutch Lady mempunyai pasaran kukuh di negara ini dengan menguasai 40 peratus pasaran sehingga kini yang diterajui lebih 150 produknya dari segmen berlainan. “Kami berbangga dapat menawarkan produk baru hari ini iaitu formula baru yang membantu kanak-kanak memenuhi keperluan DHA harian yang memberi nilai tambah untuk perkembangan otak optimum,” katanya.


DHA adalah asid lemak Omega 3 berkhasiat yang didapati secara semula jadi dalam pemakanan seperti ikan salmon dan tuna. “Formula baru membolehkan kami menambah lebih lima kali DHA tinggi berbanding sebelumnya membantu cabaran pemakanan yang dihadapi ibu bapa dalam penyediaan pemakanan sihat untuk anak mereka,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/12

ISU HALAL MENGENAI SUSU DUTCH LADY..ADAKAH IANYA JELAS???

RKIB : 21/06/2010

'Tiada kompromi bagi kami'

PETALING JAYA 20 Jun - Dutch Lady Milk Industries Bhd., antara syarikat paling lama bertapak di Malaysia, akan terus mengukuhkan kedudukannya di dalam pasaran tempatan. Kejayaan syarikat yang dikenali dengan jenama Dutch Lady dengan penguasaan 20 peratus pasaran, antaranya adalah hasil ketegasannya memastikan setiap produk keluarannya adalah halal.

Pengarah Urusannya, Bas Van Den Berg yang menjawat jawatan itu sejak 1 Januari lalu, berkata, pihaknya tidak berkompromi memastikan produknya benar-benar halal, malah Jawatankuasa Halal Dalaman turut ditubuhkan dalam syarikat itu. Katanya, setiap bahan mentah, mesin serta lain-lain perlu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut.

Tambahnya, beliau sendiri yang baru tiba di negara ini, pernah sekali ditegur kerana membawa masuk hadiah berupa sebotol wain yang belum dibuka ke pekarangan kilang Dutch Lady di Petaling Jaya, Selangor. "Sejak peristiwa itu saya tidak berkompromi tentang isu halal kerana apa sahaja yang berkaitan dengannya adalah sensitif kepada para pengguna di negara ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, setiap mesin dan peralatan pengeluaran yang digunakan turut disamak secara berjadual oleh pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengekalkan keyakinan pengguna di negara ini walaupun Dutch Lady hanya mengeluarkan produk susu yang pastinya dijamin halal.
Menurut Van Den Berg, meskipun pihak syarikat tidak mengisytiharkan di dalam media cetak atau media elektronik seperti mana produk pengguna lain, orang ramai tidak perlu meragui tentang sejauh mana halal produknya.

Mengulas lanjut tentang hasrat syarikat untuk memantapkan lagi perniagaannya, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perancangan dan akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik pengguna. Buat permulaan, Dutch Lady akan mengadakan kajian terhadap 4,500 kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun bagi mengkaji tabiat pemakanan, penggunaan susu serta diet dalam usaha untuk benar-benar memahami keperluan pemakanan mereka.

"Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia dan Dutch Lady akan melakukan tinjauan terhadap kanak-kanak di bandar dan di luar bandar," jelas beliau. Daripada hasil kajian itu, Van Den Berg berkata Dutch Lady akan mengkaji keperluan dan pembangunan produk supaya kadar pengambilan produk tenusu keluarannya meningkat. Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya mendapati kadar pengambilan susu di negara ini adalah terlalu rendah dengan purata setiap orang mengambil sebanyak 25 liter setahun atau segelas susu seminggu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan setiap orang perlu meminum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari. Beliau juga berkata, pihaknya juga berdepan dengan masalah bekalan bahan mentah terutamanya susu kerana jumlah pengeluarannya belum mencukupi. Katanya, jumlah pengeluaran susu adalah sebanyak 20,000 liter hingga 25,000 liter setahun dan Dutch Lady telah membeli 10,000 liter daripada 718 ladang ternakan tempatan dengan 28,000 ekor lembu di seluruh negara.

Beliau berkata, Dutch Lady terpaksa mengimport susu untuk menampung keperluan keseluruhan di negara ini. Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membantu pengusaha ladang ternakan untuk mengeluar susu-susu yang berkualiti mengikut syarat yang ditetapkan oleh Dutch Lady. "Kami membeli susu dari pengusaha pada harga RM2.20 seliter berbanding RM1.50 pada harga pasaran tetapi mereka perlu menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan agar susu tersebut berkualiti," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm#ixzz29evQpHc7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reflection_Nadiatul Husna

Nama: Nadiatul Husna bte Mohd Amin

No.Matrik: IEL110009

Jabatan: Syariah dan Undang-undang

Kumpulan: 11, APIUM

Assalamualaikum, Hye...


1) Apa yang saya belajar dari kelas APK pada hari jumaat yang lepas?

Saya dapat belajar tentang teamwork, leadership, self-confidence, co-operative dan lain-lain sifat positif yang mampu merubah persepsi dan sikap saya untuk menjadi seorang yang positif sepanjang masa dimana ianya penting untuk masa depan saya.

2) Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?

Saya rasa sangat bersemangat dan gembira sepanjang proses pembelajaran berlangsung. M.r.s Elaine sangat bersemangat dan aktif sepanjang kelas berlangsung. Saya tidak sabar untuk menanti kelas yang seterusnya.

3) Dimana dan bila saya dapat aplikasikannya apa yang telah saya pelajari?

Saya dapat aplikasikan semua ilmu dan maklumat yang diperolehi untuk digunakan sepanjang proses pembelajaran saya selama 4 tahun di UM dan demi masa depan saya.

Jumpa lagi, Bye...:-) 


Anugerah Yang Diterima Oleh Syarikat Dutch Lady


 

Dutch Lady menang produk susu  pengguna terbaik

 

KUALA LUMPUR 31 Mac - Syarikat susu, Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) dipilih sebagai penerima anugerah TheBrandLaureate 2009/2010 untuk kategori Produk Susu Pengguna Terbaik. Anugerah BrandLaureate yang diperkenalkan sejak enam tahun yang lalu di Malaysia, telah diiktirafkan di peringkat Anugerah Grammy untuk jenama dengan perakuan pengguna dan prestasi runcit yang kukuh. 

Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Rahul Colaco berkata, kemenangan ini memperlihatkan komitmen dan penghasilan produk-produk berkualiti untuk generasi pengguna setia. Katanya, pengguna di Malaysia memainkan peranan dalam kejayaan syarikatnya sehingga berjaya memenangi anugerah tersebut. Jelasnya, jenama yang kukuh pada masa ini perlu mengikuti permintaan pasaran terkini untuk berada di hadapan dalam persaingan dan juga memenuhi harapan pengguna yang semakin meningkat.

"Sebagai perusahaan yang dikenali, kita harus patuh pada piawaian industri antarabangsa yang ketat. Sebagai jenama yang mempunyai pelbagai produk susu berkualiti, Dutch Lady menikmati ikatan yang kuat dengan pengguna dari pelbagai kumpulan umur. "Produk susu Dutch Lady telah berperanan dalam menyediakan nutrisi yang sihat, mempromosi gaya hidup aktif dan menggalakkan pemakanan sihat yang baik antara warga muda dan tua," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Dutch Lady adalah syarikat susu pertama di dunia yang memperkenalkan formulasi susu khusus untuk anak-anak pada 1988. Kategori Growing-Up Milk (GUM) adalah untuk anak-anak berumur satu hingga tiga tahun dan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memberikan nutrisi penting bagi pertumbuhan yang sihat dan perkembangan otak, dan setelah 22 tahun, ia tetap menjadi kegemaran dengan kedua-dua ibu dan anak. 

Kategori-kategori seperti susu UHT, disteril dan susu yang dipasteur, makanan ringan yogurt, minuman yogurt menarik kumpulan usia yang berbeza dengan pelbagai rasa dan menyediakan nutrisi terutama untuk tuntutan gaya hidup masa kini. Colaco menambah, selain menghasilkan produk-produk susu berkualiti, Dutch Lady berusaha untuk mendidik rakyat Malaysia untuk membuat pilihan nutrisi dengan minum susu. 

Jelasnya, selama beberapa tahun ini, pihaknya telah meraikan Hari Susu Sedunia dengan masyarakat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan penilaian terhadap pengambilan susu. Meskipun perniagaan kami turut meletakkan sasaran untuk memenangi penghargaan, pengiktirafan seperti anugerah TheBrandLaureate itu adalah seperti pelengkap terhadap produk keluaran kami yang sudah stabil," jelasnya.

Antara penghargaan antarabangsa lain yang pernah dimenangi oleh Dutch Lady adalah Reader's Digest Superbrands Gold Award selama sebelas tahun berturut-turut, antara 1999 hingga 2009. Selain diiktiraf berkualiti tinggi, pengguna di Malaysia mengundi dan memilih Dutch Lady sebagai jenama pilihan dalam kategori produk susu.