NAMA : NADIATUL HUSNA BTE MOHD AMIN
NO.MATRIK : IEL 110009
JABATAN: SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG APIUM
KUMPULAN 11 , API
ASSALAMUALAIKUM , HYE!
1- APA YANG TELAH SAYA BELAJAR
saya telah belajar 4 perkara penting pada permulaan kelas iaitu "politeness, greet, smile and initiative".
4 sikap ini penting untuk dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian saya kerana ianya berguna in reality bila saya berada dalam alam pekerjaan nanti.Next, saya dapat mengetahui elemen2 penting dalam sesebuah entiti perniagaan dimana kesemuanya saling memerlukan antara satu sama lain dan perlu saling bantu-membantu. no win-lose situation but win-win situation and in a real life and reality out there saya belajar bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
2. BAGAIMANA PERASAAN SAYA
sangat bersyukur kerana every week saya dapat belajar suatu ilmu yang baru which can help me a lots dalam pembelajaran saya and for my future.
3.DIMANA DAN BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGAPLIKASIKAN APA YANG DIPELAJARI
saya dapat mengaplikasikan ilmu2 keuasahawanan ini pada masa akan datang dan juga apabila ingin merancang dan memulakan sebuah perniagaaan nanti di masa hadapan.
sekian.TQ ^ ^
background
Innovacia Technology Sdn. Bhd.
Thursday, 25 October 2012
RefLectIOn By NUr AUNi DAmia Bt HishamuDDin BAgi MiNggu ke-6
Hye!
Nama : Nur Auni Damia binti Hishamuddin
No matrik : IEL 110015
Jabatan : Syariah Undang-undang
Kumpulan : 11, API (DK2)
Refleksi saya bagi minggu ke-6..
Apa Yang Telah Anda Belajar??
Pada minggu ke 6, saya telah belajar mengenai peranan-peranan penting dalam sesebuah perniagaan iaitu supplier, customer, investor, employee, manager dan competitor. Namun, Miss Elaine mengatakan bahawa peranan yang paling penting adalah CUSTOMER sepertimana kata-kata CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Selain itu, saya dapat saling berkongsi idea-idea ini kerana kami dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut peranan masing-masing yang telah saya katakan tadi. Bukan setakat, masing-masing menyalahkan orang lain, tetapi secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan masing-masing bahawa setiap orang memainkan peranan penting untuk memajukan sesebuah perniagaan.
BagaiMaNA PerAsaaN Anda?
Dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, saya berasa sangat seronok. Ditambah pula, dengan cara pengajaran Miss Elaine yang sangat kreatif dan enjoy!
Dimana dan BaGAimana Anda BOleh MemoHOn Apa YAng Anda PelaJAri??
Saya akan cuba mencari peluang pekerjaan di dalm bidang keusahawanan dan akan selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Ini kerana pengalaman dapat mengajar kita erti kehidupan.
Tidak semestinya, saya perlu terus menjadi usahawan yang berjaya sekaligus, tetapi biarlah bermula dari bawah asalkan pengalaman dapat mematangkan diri saya dalam bidang usahawan ini. Secara tidak langsung, apabila sesuatu risiko berlaku di dalam perniagaan saya, saya tidak mudah terngadah atau berputus asa.
Sekian dari saya.
For : MIsS ELAiNe
Nama : Nur Auni Damia binti Hishamuddin
No matrik : IEL 110015
Jabatan : Syariah Undang-undang
Kumpulan : 11, API (DK2)
Refleksi saya bagi minggu ke-6..
Apa Yang Telah Anda Belajar??
Pada minggu ke 6, saya telah belajar mengenai peranan-peranan penting dalam sesebuah perniagaan iaitu supplier, customer, investor, employee, manager dan competitor. Namun, Miss Elaine mengatakan bahawa peranan yang paling penting adalah CUSTOMER sepertimana kata-kata CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Selain itu, saya dapat saling berkongsi idea-idea ini kerana kami dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut peranan masing-masing yang telah saya katakan tadi. Bukan setakat, masing-masing menyalahkan orang lain, tetapi secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan masing-masing bahawa setiap orang memainkan peranan penting untuk memajukan sesebuah perniagaan.
BagaiMaNA PerAsaaN Anda?
Dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, saya berasa sangat seronok. Ditambah pula, dengan cara pengajaran Miss Elaine yang sangat kreatif dan enjoy!
Dimana dan BaGAimana Anda BOleh MemoHOn Apa YAng Anda PelaJAri??
Saya akan cuba mencari peluang pekerjaan di dalm bidang keusahawanan dan akan selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Ini kerana pengalaman dapat mengajar kita erti kehidupan.
Tidak semestinya, saya perlu terus menjadi usahawan yang berjaya sekaligus, tetapi biarlah bermula dari bawah asalkan pengalaman dapat mematangkan diri saya dalam bidang usahawan ini. Secara tidak langsung, apabila sesuatu risiko berlaku di dalam perniagaan saya, saya tidak mudah terngadah atau berputus asa.
Sekian dari saya.
For : MIsS ELAiNe
Thursday, 18 October 2012
OuR GrOup's MemBers
wE ARE FrOM dEPARTmENT sYARIAH ANd laW. wE hOPE tHIS bLOG will HeLp and So UseFull to Us.
1) Nik Mohd Arsyad Bin Nik MAn (IEL 110013)
5 ) Nur Auni Damia Binti Hishamuddin (IEL 110015)
6) Nadiatul Husna Bt Mohd Amin ( IEL 110009)
7) Norfaizah Bt Ramli ( IEL 110014)
ASSIGNMENT (1)
SOKONGAN DAN SUMBANGAN SYARIKAT DUTCH LADY
Dutch Lady Malaysia tampil dengan sokongan
kepada ibu-ibu bekerja
Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia adalah satu wadah sumber holistik untuk para ibu dan keluarga mereka untuk mencapai kehidupan bekerja dan peribadi secara seimbang.
Petaling Jaya, 1 Mac 2011 - Pengeluar tenusu terkemuka Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), hari ini memperkenalkan Forum Ibu-ibu Bekerja Malaysia (Malaysian Working Mothers’ Forum – MWMF) , satu wadah komuniti untuk membantu semua wanita menguruskan kerjaya, alam keibuan dan/atau tugas-tugas sebagai isteri secara serentak. Forum sosial ini akan membahas cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang bekerja dan bertujuan untuk mendidik dan memberi sokongan kepada mereka melalui pelbagai inisiatif yang akan dijalankan sepanjang 2011 dan seterusnya.
Dalam satu pengumuman media semasa pelancaran lunak hari ini, Encik Bas van den Berg, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, memperkenalkan rancangan-rancangan MWMF yang akan berlangsung sepanjang 2011. Antara inisiatif yang dirancang termasulah saluran FIBM baru di Facebook; satu tinjauan yang bukan sahaja untuk mengukur pendapat awam mengenai isu ini tetapi juga untuk mendapatkan profil para ibu bekerja; satu buku panduan maklumat untuk para ibu bekerja dan satu konvensyen untuk ibu bekerja dan keluarga mereka pada akhir tahun.
Sebagai permulaan, Syarikat mendedahkan inisiatif dalaman pertamanya di bawah payung MWMF iaitu penukaran dasar cuti bersalin bergaji selama 90 hari yang berkuatkuasa tahun ini. Menurut Encik van den Berg lagi, dasar baru ini mencerminkan sokongan Syarikat terhadap ibu-ibu yang bekerja yang memerlukan lebih masa untuk menjalankan tugas-tugas asuhan bayi dan pengurusan keluarga dengan baik. “Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan walaupun jumlah wanita bekerja semakin meningkat, komuniti wanita masih lagi satu sumber tenaga yang
belum dimanfaatkan sepenuhnya di negara ini. Usaha kami dalam membina produk yang menepati
keperluan makanan rakyat Malaysia turut menyedarkan kami tentang perlunya satu rangkaian atau wadah sokongan untuk para ibu bekerja juga. Kami mendapati bahawa para ibu sentiasa bimbang dalam memikul komitmen di tempat kerja dan tanggungjawab kekeluargaan secara serentak, dan kami percaya bahawa wadah ini adalah antara cara terbaik untuk mengatasi masalah dan kebimbangan ini.
Di Dutch Lady Malaysia, kami selalu mencari jalan untuk membantu rakyat Malaysia terus maju ke hadapan dalam kehidupan, ” tambah beliau. Syarikat berharap organisasi-organisasi dari pelbagai industri dan yang sealiran pendapat akan tampil memberi sokongan dalam usaha untuk menjayakan forum ini. Dengan itu, DLM menjemput mana-mana organisasi yang sealiran dengannya untuk turut serta dalam penggerak sosial ini. Pemimpin pendapat, organisasi ataupun syarikat-syarikat swasta yang sealiran boleh menyumbang dari segi seminar, menyediakan maklumat untuk penyediaan buku panduan atau menyumbang masa dengan memberi khidmat nasihat kepada para ibu yang bekerja melalui saluran Facebook yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini, pihak yang berminat
boleh menghubungi Essence Communications Sdn Bhd di talian +603 7493 5588.
boleh menghubungi Essence Communications Sdn Bhd di talian +603 7493 5588.
KENAIKAN HARGA SUSU DUTCH LADY?? ADAKAH IANYA BENAR???
'TAK NAIKKAN HARGA'
DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady), syarikat tenusu terbesar di negara ini masih mampu menawarkan produknya dengan harga yang berpatutan di sebalik peningkatan harga kos bahan mentah berikutan krisis makanan dunia. Pengarah Pemasarannya, Rahul Colaco berkata, syarikat itu tidak menaikkan harga produk dan mampu mengeluarkan produk yang berpatutan walaupun kos pengeluarannya bertambah dan seterusnya meningkatkan harga pasaran.“Kami masih mengekalkan harga dan memerhatikan impak krisis makanan dengan teliti,” katanya ketika ditemubual selepas pelancaran produk baru Dutch Lady di Subang Jaya, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada syarikat akan menaikkan harga produk susunya pada masa akan datang. “Permintaan yang mendadak dari negara membangun juga memberi kesan kenaikan harga di dunia,” kata Colaco.
Sementara itu, Colaco berkata, Dutch Lady mempunyai pasaran kukuh di negara ini dengan menguasai 40 peratus pasaran sehingga kini yang diterajui lebih 150 produknya dari segmen berlainan. “Kami berbangga dapat menawarkan produk baru hari ini iaitu formula baru yang membantu kanak-kanak memenuhi keperluan DHA harian yang memberi nilai tambah untuk perkembangan otak optimum,” katanya.
DHA adalah asid lemak Omega 3 berkhasiat yang didapati secara semula jadi dalam pemakanan seperti ikan salmon dan tuna. “Formula baru membolehkan kami menambah lebih lima kali DHA tinggi berbanding sebelumnya membantu cabaran pemakanan yang dihadapi ibu bapa dalam penyediaan pemakanan sihat untuk anak mereka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/12
ISU HALAL MENGENAI SUSU DUTCH LADY..ADAKAH IANYA JELAS???
RKIB : 21/06/2010
'Tiada kompromi bagi kami'
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my
najib.daud@utusan.com.my
Pengarah Urusannya, Bas Van Den Berg yang menjawat jawatan itu sejak 1 Januari lalu, berkata, pihaknya tidak berkompromi memastikan produknya benar-benar halal, malah Jawatankuasa Halal Dalaman turut ditubuhkan dalam syarikat itu. Katanya, setiap bahan mentah, mesin serta lain-lain perlu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh jawatankuasa tersebut.
Tambahnya, beliau sendiri yang baru tiba di negara ini, pernah sekali ditegur kerana membawa masuk hadiah berupa sebotol wain yang belum dibuka ke pekarangan kilang Dutch Lady di Petaling Jaya, Selangor. "Sejak peristiwa itu saya tidak berkompromi tentang isu halal kerana apa sahaja yang berkaitan dengannya adalah sensitif kepada para pengguna di negara ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Katanya, setiap mesin dan peralatan pengeluaran yang digunakan turut disamak secara berjadual oleh pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengekalkan keyakinan pengguna di negara ini walaupun Dutch Lady hanya mengeluarkan produk susu yang pastinya dijamin halal.
Menurut Van Den Berg, meskipun pihak syarikat tidak mengisytiharkan di dalam media cetak atau media elektronik seperti mana produk pengguna lain, orang ramai tidak perlu meragui tentang sejauh mana halal produknya.
Mengulas lanjut tentang hasrat syarikat untuk memantapkan lagi perniagaannya, beliau berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perancangan dan akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik pengguna. Buat permulaan, Dutch Lady akan mengadakan kajian terhadap 4,500 kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun bagi mengkaji tabiat pemakanan, penggunaan susu serta diet dalam usaha untuk benar-benar memahami keperluan pemakanan mereka.
"Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia dan Dutch Lady akan melakukan tinjauan terhadap kanak-kanak di bandar dan di luar bandar," jelas beliau. Daripada hasil kajian itu, Van Den Berg berkata Dutch Lady akan mengkaji keperluan dan pembangunan produk supaya kadar pengambilan produk tenusu keluarannya meningkat. Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya mendapati kadar pengambilan susu di negara ini adalah terlalu rendah dengan purata setiap orang mengambil sebanyak 25 liter setahun atau segelas susu seminggu.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan setiap orang perlu meminum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari. Beliau juga berkata, pihaknya juga berdepan dengan masalah bekalan bahan mentah terutamanya susu kerana jumlah pengeluarannya belum mencukupi. Katanya, jumlah pengeluaran susu adalah sebanyak 20,000 liter hingga 25,000 liter setahun dan Dutch Lady telah membeli 10,000 liter daripada 718 ladang ternakan tempatan dengan 28,000 ekor lembu di seluruh negara.
Beliau berkata, Dutch Lady terpaksa mengimport susu untuk menampung keperluan keseluruhan di negara ini. Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membantu pengusaha ladang ternakan untuk mengeluar susu-susu yang berkualiti mengikut syarat yang ditetapkan oleh Dutch Lady. "Kami membeli susu dari pengusaha pada harga RM2.20 seliter berbanding RM1.50 pada harga pasaran tetapi mereka perlu menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan agar susu tersebut berkualiti," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm#ixzz29evQpHc7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)




