background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday, 18 October 2012

Dutch Lady Milk Industries Berhad



                    PROFIL SYARIKAT DUTCH LADY



Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.
Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah-buahan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport Antara produk-produk termasuklah Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy.
Syarikat percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh FrieslandCampina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456.
Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda.
Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my
Selain dairpada Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai tiga syarikat lain yang beroperasi di Malaysia. Syarikat tersebut didaftarkan dengan nama FrieslandCampina Business Development Unit, CPI Sdn Bhd, yang berfungsi sebagai ibupejabat Operasi Nasional, Syarikat FrieslandCampina Service Centre Asia Pacific Sdn Bhd, yang berstatus MSC dan Syarikat FrieslandCampina Domo Asia, yang menjalankan perniagaan jualan bahan ramuan.
Royal FrieslandCampina
 merupakan syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu dan bahan ramuan yang semulajadi, bernutrisi dan bermutu tinggi. Rasa, sihat, mudah dan jujur merupakan aspek utama yang dipegang Syarikat.
FrieslandCampina mencatatkan hasil pendapatan tahunan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun 2008. Ianya mempunyai 21,000 orang pekerja do 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan di 25 buah negara. Syarikat terbahagi kepada empat organisasi dalaman iaitu Produk Pelanggan Eropah, Produk Pelanggan Antarabangsa, Keju & Mentega dan Bahan Ramuan.
Variasi produk tenusu yang dihasilkan adalah seperti Susu berbentuk Tepung dan Likat, Minuman Susu, Yoghurt, Keju, Pencuci mulut, Krimer Kopi, Makanan Bayi, Mentega dan Bahan Ramuan.
Berikut adalah jenama produk yang dihasilkan oleh FrieslandCampina iaitu Campina, Chocomel, Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Fristi, Vifit, Landliebe, Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pöttyös, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow, Yazoo, Appelsientje, DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV, Kievit, Domo, Creamy Creation dan Nutrifeed.
Syarikat mengamalkan model kerjasama dalam menjalankan perniagaannya dimana 16,000 penternak lembu tempatan adalah merupakan pemilik Syarikat dan mempunyai kepentingan di dalam Syarikat.

RefLeCt!On By nUr aUN! dam!A bINT! h!SHAmuDD!n

Hai..

sEbelum saya memulakan refleksi saye mengenai hasil pembelajaran saya bg subjek APK  sehingga minggu ke 5, saya terlebih dahulu mahu memperkenalkan diri saya.

  • NAMA : NUR AUNI DAMIA BT HISHAMUDDIN
  • FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM (API)
  • JABATAN : SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
  • NO. MATRIK : IEL 110015
aPA YANG tELAH aNDA bELAjaR ???

Setakat ini, melalui kelas (APK) ni, saya dapat belajar mengenai asas-asas keusahawanan, cara-cara untuk menjadi usahawan yg berjaya dan profesional. Selama ini, saya sering tertanya-tanya bagaimana seseorang usahawan boley berjaya sedemikian rupa. Secara tidak langsung, pendedahan ini dapat menarik minat saya untuk menjadi seorang usahawan pada masa akan datang. Namun, dapat saya simpulkan seseorang usahawan itu perlu bijak mencari peluang, perlu menjaga attitude nya ( bijak mengurus masa, bekerjasama,bijak mengatur strategi).

Baga!mAnA peraSaan AnDa???

Perasaan saya, sangat teruja dan seronok dengan ilmu baru yg saya dapat sepanjang kuliah ini. Selain itu, cara pengajaran Miss Elaine sangat menghiburkan dan amat menarik.Ini secara tidak langsung, dapat menarik minat saya untuk menjadi seorang usahawanan yg profesional pada masa akan datang  Seterusnya, 
saya akan mengaplikasikan ilmu ini pada masa akan datang. Ini kerana, saya juga ada berhasrat untuk membuka sebuah butik pakaian muslimah khususnya.

DiMAna dan BaGAimana  anda Boleh Memohon Apa Yang AnDa PelaJari???

Saya akan aplikasikan ilmu keusahawan ini selepas graduate nanti pastinya. selain itu, saya perlu mencari pengalaman terlebih dahulu. Ini kerana, dengan pengalaman dapat mematangkan saya dalam bidang usahawan ini. Tambahan pula, saya perlu berusaha mencari peluang.  Bak kata pepatah, "kejayaan tidak akan datang bergolek".Justeru, sudah tentu, untuk menjadi usahawan yang berjaya, perlu mempunyai kemahuan dan usaha yang tinggi.


By : Auni Damia
group 11 : API Dk2










| NAJWA's REFLECTION (n_n)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  :)
Hi semua, 

Saya Najwa Shakirah binti Mohd Shafie.
Pelajar Tahun 2 Syariah & Undang-Undang. 
IEL 110010 
Ahli Kumpulan 11 APK, DK2. 
Group (Miss Elaine)

Pertama sekali, sebagai ahli kumpulan 11..

1.Apa yang saya belajar dari kelas APK hari jumaat yang lepas ?? 

Saya telah belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang datang secara tiba-tiba. Apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi masalah sebegitu, saya dan ahli kumpulan perlu menyelesaikannya dengan critical thinking. Disamping itu, masalah tersebut perlu ditangani dengan memikirkan cara penyelesaian secara think out of the box tanpa hanya fokus bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa tindakan yang kreatif dan inovatif.  Yaa.. semangat itu yang kita mahukan! ^^

2.Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas ??

Saya berasa teruja untuk belajar bersama-sama Miss Elaine yang sangat bertenaga dalam menerangkan sesuatu perkara. Sejujurnya, saya sangat bersetuju dengan satu fakta bahawa penyampaian yang kreatif oleh seorang pensyarah kepada pelajar sangat memainkan peranan penting sewaktu di dalam kuliah. Keadaan itu mampu menarik minat dan fokus pelajar untuk lebih konsentrasi dalam sesebuah pelajaran. Disamping itu, pelajar tidak akan bosan dan terasa mengantuk di dalam kuliah. Seriously, i did concentrated during the lecturer session last friday! so energatic and happening! :D cc: Miss Elaine

3.Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar ??

Bagi pendapat saya, apabila saya berhadapan dengan menerima sesuatu tekanan atau masalah yang berlaku tanpa kita jangka pada suatu hari nanti khususnya apabila saya memasuki alam pekerjaan, saya akan lebih berfikiran terbuka. Apa yang saya maksudkan disini ialah saya perlu bertenang apabila menghadapi masalah sebegitu tanpa rasa kelam-kabut. Saya perlu berfikir dengan kreatif dan innovatif tanpa merumitkan lagi keadaan. Disamping itu, saya juga boleh bertanya pendapat orang lain tentang bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi itu. Apa yang penting apabila menghadapi sesuatu masalah jangan mudah melatah dan selesaikannya dengan hati yang terbuka. Bertindak dengan buah fikiran dan tindakan bukan emosi semata-mata! :) 

Sekian, terima kasih... :)

****Reflection!!!.~Nik Arsyad Nik Man~


Nik Mohd Arsyad bin Nik Man
IEL 110011
syariah dan undang-undang 
kumpulan 11 APK APIUM 


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1.Apa yang saya belajar dari kelas APK hari jumaat yang lepas ialah:

-saya telah dilantik sebagai ketua kumpulan ini,dan saya telah belajar tentang bagaimana menjadi seorang leader yang baik,bagaimana memberi arahan kepada ahli kumpulan,dan bagaimana menjadi seorang yang bertanggungjawab.
-saya dan ahli kumpulan saya telah belajar bagaimana menentukan cita-cita dengan betul dan realistik. daripada itu kami dapat mengetahui samada cita-cita yang diimpikan itu relistik atupun tidak dengan menyenaraikan keperluan kearah cita-cita tersebut dan ditambah dengan kelemahan yang ada sekarang untuk dibaiki untuk mencapai cita-cita tersebut.
- selain itu,saya dapat mengetahui cita-cita ahli kumpulan saya,dan dapat tahu kelemahan dan kelebihan mereka. secara tidak langsung saya dapat mengenali mereka selangkah lebih dekat. dan ini akan memudahkan gerak kerja berkumpulan nanti. secara tidak langsung,kami belajar bagaimana membentuk kerja secara berkumpulan ataupun disebut teamwork.

2.Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas ialah :

- kelas pada minggu lepas adalah bersifat aktif dan beraktiviti. saya sebagai ketua kumpulan perlu turun naik dari tempat duduk yang paling atas ke pentas. walaupun agak memenatkan,tetapi ia menjadi suatu senaman pada saya dan ia telah membantu saya supaya tidak kesejukan dalam kelas yang beraircond.hehe.

3.Dimana dan bila saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar:

-tidak dinafikan leadership amat perlu ketika dialam pekerjaan nanti, semestinya leadership yang diajar dalam kelas APK ini akan membantu saya dialam pekerjaan nanti.
-selain itu,ia juga dapat membantu dalam tugasan-tugasan berkumpulann yang akan datang dan boleh juga diaplikasikan dalam aktiviti persatuan yang saya sertai.

sekian terima kasih.

Wednesday, 17 October 2012