background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 1 November 2012

Evidence: Survey




Contoh borang soal selidik :


BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PERANCANGAN PENGELUARAN PRODUK  “ MINI BOOK ELECTRONIC “ UNTUK TUGASAN ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN.

OLEH : KUMPULAN 11, DK2 , API

ARAHAN: SILA TANDAKAN ( / ) BAGI SETIAP PILIHAN ANDA.

1)      Adakah “ Mini Book Electronic” dapat membantu pelajar dan pensyarah ketika di dalam kelas?

 Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

2)      Adakah “ Mini Book Electronic” dapat mengurangkan bebanan pelajar untuk membawa buku-buku nota bagi setiap matapelajaran?

Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

3)      Adakah “ Mini Book Electronic” akan menyebabkan pelajar kurang menumpukan pelajaran  di dalam kelas?

Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

4)      Adakah anda setuju bahawa saya katakan  penciptaan  “Mini Book Electronic” dapat membantu mengelakkan pencemaran dan dapat mengurangkan penggunaan kertas pada masa kini?

Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

5)      Apakah pandangan anda sekiranya saya mengatakan bahawa “ Mini Book Electronic” merupakan satu keperluan kepada pelajar pada masa kini?

Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

6)      Adakah  “ Mini Book Electronic” dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran? Ulasan : Pelajar tidak perlu membelek setiap buku notanya, tetapi hanya dengan membuka “folder” di dalam “ Mini Book Electronic” sahaja.

Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

7)      Pada pandangan anda, adakah rasional perancangan penciptaan produk ini pada masa kini?

Sangat  setuju (     )    Setuju (      )   Kurang setuju (       )    Sangat tidak setuju (      )

Pesanan : Terima kasih di atas kerjasama anda kerana sudi mengisi borang soal selidik ini.



Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada pelajar Fakulti Pengajian Islam seramai 20 orang. Sebelum borang tersebut di isi, kami menerangkan kepada responden mengenai perancangan produk ciptaan kumpulan kami iaitu " Mini Book Electronic".



Ini adalah keputusan soal selidik yang telah kami jalankan. Namun, gambar graf  tidak dapat di tunjukkan.

Note : Disebabkan blog tidak boleh menerima document, saya telah hantar email kepada  Miss Elaine melalui inbox mengenai keputusan soal selidik kami.

Minta maaf atas segala kesulitan.


SOALAN SATU


*gambar graf tidak ada di sini



Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 1 iaitu  Adakah “ Mini Book Electronic” dapat membantu pelajar dan pensyarah ketika sesi pembelajaran di dalam kelas?
Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 8 orang , manakala yang menyatakan setuju adalah 12 orang.
Kesimpulannya, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan bahawa Mini Book Electronic dapat membantu pelajar dan pensyarah ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.


SOALAN  DUA

*gambar graf tidak ada di sini

Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 2 iaitu  Adakah “Mini Book Electronic” dapat mengurangkan bebanan pelajar untuk membawa buku-buku nota bagi setiap matapelajaran?
Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 10 orang , manakala yang menyatakan setuju  juga adalah 10 orang.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Mini Book Electronic dapat mengurangkan bebanan pelajar untuk membawa buku-buku nota bagi setiap matapelajaran.


SOALAN TIGA

*gambar graf tidak ada di sini


Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 3 iaitu  Adakah “ Mini Book Electronic” akan menyebabkan pelajar tidak menumpukan pelajaran di dalam kelas.
Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 2 orang , manakala yang menyatakan setuju adalah 4 orang. Malahan, yang menyatakan kurang setuju adalah 12 orang dan sangat tidak setuju adalah 2 orang.
Kesimpulannya, kebanyakan responden kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa Mini Book Electronic menyebabkan pelajar tidak menumpukan pelajaran di dalam kelas.


SOALAN EMPAT

*gambar graf tidak ada di sini

Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 4 iaitu  Adakah anda bersetuju jika saya katakan penciptaan “ Mini Book Electronic” dapat membantu mengelakkan pencemaran dan dapat mengurangkan penggunaan kertas pada masa kini?
Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 11 orang , manakala yang menyatakan setuju adalah 7 orang dan yang kurang setuju ialah 2 orang sahaja.
Kesimpulannya, kebanyakan responden sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa penciptaan “ Mini Book Electronic” dapat membantu mengelakkan pencemaran dan dapat mengurangkan penggunaan kertas.


SOALAN LIMA

* gambar graf tidak ada di sini

Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 5  iaitu  Apakah pandangan anda sekiranya saya mengatakan bahawa “ Mini Book Electronic” merupakan satu keperluan kepada pelajar pada masa kini?
 Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 6 orang , manakala yang menyatakan setuju adalah 12 orang dan yang kurang setuju ialah 2 orang.
Kesimpulannya, kebanyakan responden sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa “ Mini Book Electronic” merupakan satu keperluan kepada pelajar pada masa kini.


SOALAN ENAM

*gambar graf tidak ada di sini

Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 6  iaitu  Adakah “ Mini Book Electronic” dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran?
Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 5 orang , manakala yang menyatakan setuju adalah 10 orang , yang kurang setuju ialah 4 orang dan yang sangat tidak setuju adalah 2 orang sahaja.
Kesimpulannya, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan bahawa “ Mini Book Electronic” dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.




 SOALAN TUJUH

*gambar graf tidak ada di sini

Carta di atas menunjukkan keputusan soal selidik daripada 20 orang responden mengenai soalan 7  iaitu  Apakah pandangan anda , adakah rasional perancangan penciptaan produk ini pada masa kini?
 Responden yang menyatakan sangat setuju seramai 6 orang , manakala yang menyatakan setuju adalah 13  orang dan yang kurang setuju ialah seorang.
Kesimpulannya, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan bahawa penciptaan  “ Mini Book Electronic” merupakan satu perancangan yang rasional pada masa kini.



Kesimpulannya, perancangan kumpulan kami untuk mencipta  " Mini Book Electrinic"  ini mendapat sokongan dan persetujuan responden-responden. Maka, rasional lah penciptaan produk ini .






No comments:

Post a Comment