background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 1 November 2012

TARGET CUSTOMER

SASARAN PRODUK.

Produk yang diilhamkan oleh kumpulan kami ini adalah disasarkan kepada masyarakat sekelilling yang berkehendak atau ada keperluan untuk membeli dan menggunakannya. Tetapi lebih dikhususkan kepada para pelajar terutamanya, tidak kira sama ada masih bersekolah bermula dari sekolah rendah, menengah, seterusnya mahasiswa dan mahasiswi di matrikulasi, pusat asasi, kolej, IPTA dan IPTS, institut kemahiran dan lain-lain lagi yang masih bergelar pelajar dan memerlukan suatu kemudahan yang seharusnya dan sewajarnya dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran supaya ianya lebih efektif dan inovatif serta seiring dengan perubahan arus kecanggihan teknologi pada masa kini.

Produk ini diilhamkan dan didapati ianya dapat membantu para pelajar dan komuniti yang masih menuntut atau masih belajar lagi dalam pembelajaran mereka. Dan majoriti dari mereka bersetuju produk ini dapat membantu mereka supaya lebih efisien dan efektif ketika belajar kerana produk ini hanya khusus untuk menulis nota dan menyimpan nota tanpa ada aplikasi lain yang menyebabkan tujuan sebenar produk ini dihasilkan tidak mencapai matlamatnya.


PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN.

Pendekatan yang digunakan oleh kami untuk menarik minat para pelanggan ialah dengan menggunakan medium semasa yang sesuai dengan kecanggihan teknologi yang menghubungkan manusia tanpa mengira masa, tempat dan keadaan. Oleh itu, ianya dapat diperkenalkan dengan lebih meluas dan bersifat universal supaya produk kami dapat dikenali ke seluruh dunia.

Pendekatan yang kami gunakan ialah " facebook " dimana kami akan mencipta satu akaun yang khusus untuk memperkenalkan produk ini . Seterusnya, kami menggunakan kemudahan " blog" iaitu blog ini akan khusus untuk memperincikan lagi mengenai produk kami dengan memberi informasi kepada pelanggan yang berminat dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri, bentuk. warna, harga dan lain-lain tentang produk ini.

Selain itu, kami akan menggunakan 'YOUTUBE" untuk mempromosikan dan mengiklankan produk kami dimana untuk mendapatkan respon masyarakat mengenai keyakinan dan minat mereka terhadap produk ini.

Pendekatan lain pula ialah melalui publisiti luaran seperti megedarkan " flyers " serta menampal poster di tempat-tempat awam serta kawasan strategik yang menjadi tumpuan masyarakat supaya produk ini dapat diperkenalkan secara meluas lagi.

Medium lain pula ialah melalui promosi oleh setiap ahli kumpulan kami sendiri, tidak kiralah secara lisan atau pun melalui kreativiti masing-masing.


No comments:

Post a Comment