background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 1 November 2012

ASSIGNMENT (2)



PROBLEM STATEMENT (PENYELESAIAN MASALAH)

JENAMA PRODUK:  MINI Buku ELEKTRONIK


 Produk ini diwujudkan adalah untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar atau individu lain yang memerlukannya. Antara masalah yang dapat diselesaikan dengan wujudnya produk seperti ini adalah:
  
 I) Mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

            Hal ini kerana Mini Buku Elektronik ini adalah ringan dan bersaiz kecil. Ianya boleh dibawa kemana sahaja untuk membuat atau mencatatkan nota-nota penting berbanding dengan buku tulis nota yang kebiasannya seseorang individu itu akan mengkhususkan satu buku nota untuk satu subjek atau perkara. Ini akan menyusahkan individu itu sendiri kerana mereka perlu membawa banyak buku nota sekiranya subjek atau perkara yang dipelajari dan dilakukan pada setiap hari itu adalah berlainan. Selain itu, produk ini juga akan memudahkan seseorang untuk membawanya sekiranya banyak tempat yang perlu dituju dalam satu hari dan memerlukan buku nota. Contohnya, sebagai seorang pelajar universiti, produk Mini Buku Elektronik ini akan memudahkan mereka untuk membawanya ke kuliah tanpa perlu membawa buku tulis nota yang berlainan untu setiap subjek. Begitu juga dengan seorang pensyarah yang akan memudahkannya untuk membuat sebarang maklumat terutamanya ketika mesyuarat. Hal ini kerana produk ini boleh memuatkan banyak dokumen yang boleh disimpan dalam satu file yang khusus untuk setiap perkara.

 II) Fokus untuk satu perkara atau tujuan sahaja. 

       Selain itu, produk ini juga dapat menumpukan perhatian seseorang terutamanya ketika membuat nota atau mencatatkan perkara-perkara penting. Hal ini kerana Mini Buku Elektronik ini hanya boleh digunakan untuk menulis atau mencatatkan nota serta maklumat-maklumat penting tanpa memuatkan aplikasi lain seperti game, lagu, internet dan sebagainya. Sekiranya Mini Book ini memuatkan aplikasi seperti ini, ianya tidak ada beza dengan I-pad dan laptop yang boleh memuatkan pelbagai aplikasi dan fungsi seperti game dan internet. Tetapi, produk ini dicipta adalah supaya setiap individu yang menggunakannya tidak terganggu atau terpengaruh dengan aplikasi lain yang terdapat didalamnya. Sebagai contoh, seorang pelajar yang menggunakan Mini Book Elektronik ini akan menumpukan sepenuh perhatian ketika membuat nota pelajaraan berbanding dengan laptop dan I-pad dimana pelajar boleh melayari internet dengan membuka akaun Facebook atau Twitter yang boleh mengganggu konsentrasi pembelajaran.

III) Lebih murah dan jimat

Mini book Elektronik ini lebih murah berbanding dengan harga laptop atau I-pad. Hal ini kerana produk ini hanya memuatkan perisian yang hanya membolehkan seseorang untuk membuat nota atau menulisnya berbanding dengan laptop dan I-pad yang memuatkan berbagai-bagai perisian dan aplikasi. Sekiranya terdapat individu yang mempertikaikan mengenainya yang mengatakan pembelian produk ini adalah membazir disebabkan pembelian buku nota manual lebih murah, kita mestilah memikirkannya pula untuk kesan jangka masa panjang. Hal ini kerana, produk ini dibeli untuk sekali sahaja bagi sesiapa yang pandai menjaganya berbanding dengan buku nota atau buku tulis yang perlu dibeli untuk setiap perkara atau setiap sem terutamanya bagi seorang pelajar. Selain itu, produk ini juga lebih tahan lama berbanding dengan buku nota biasa yang mudah koyak atau hilang sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Oleh itu, Mini Buku Elektronik ini banyak membawa kebaikan dan dapat membantu individu-individu yang memerlukannya terutamanya pelajar dan pensyarah.

        

No comments:

Post a Comment