background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 8 November 2012

RESOURCES (TUGASAN KETIGA)

KEY PARTNERS
  • Banker
  • Supplier
  • Entrepreneur
  • Employee
  • Customer

1) SUPPLIER 

 
Produk "Mini Book" ini dibekalkan oleh kilang yang membuat cip khas untuk produk ini. Cip ini dicipta khas untuk pembelajaran. Dalam produk penciptaan kami iaitu "Mini Book Electronic" supplier merupakan salah pihak yang terpenting dalam membekalkan barang-barang keperluan elektronik atau cip untuk menghasilkan "Mini Book" ini. Kami telah berbincang dengan pihak pembekal agar mereka membekalkan barang-barang tersebut mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 

Selain itu, kami juga sentiasa memastikan bahawa barang-barang yang dibekalkan oleh  ini merupakan barang yang menepati standard piawaian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya kepada para pembeli produk "Mini Book Electronic" di kemudian hari. Disamping itu juga, sekiranya barang-barang yang dibekalkan itu tidak berkualiti, kemungkinan produk kami akan bermasalah terutamanya dari segi penjualan kerana tidak lagi mendapat sambutan daripada pembeli.

Oleh itu, pembekal adalah untuk memastikan kelangsungan penjualan produk "Mini Book Electronic".

2) BANKER

Produk "Mini Book Elektronik" merupakan satu produk yang memerlukan modal yang besar untuk membuat dan memasarkannya. Modal ini selalunya diperolehi melalui Bank. Antara Bank yang menawarkan pinjaman untuk perniagaaan adalah Bank Islam.

Pihak Bank merupakan antara pihak yang terpenting dan yang paling banyak menolong kami untuk menghasilkan dan menjual produk "Mini Book Electronic".  Hal ini kerana, mereka telah menyediakan skim pinjaman kepada peniaga yang hendak berniaga dengan kadar bayaran balik yang rendah. 

Selain itu, mereka juga banyak menolong kami disaat kami memerlukan. contohnya, apabila berlaku maqsalah dalam perniagaan kami terutamanya dari segi kewangan, maka mereka akan memberikan pinjaman kewangan dengan segera berdasarkan syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh setiap peminjam.

~Oleh itu, Supplier dan Banker amat penting dalam memastikan kelangsungan penjualan "Mini Book Electronic" dan membantu kami dalam memajukan dan meluaskan rangkaian perniagaan kami sehingga ke seluruh dunia.



No comments:

Post a Comment