background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 8 November 2012

NaJwA: Refleksi 2/11/12 ^_^

Najwa Shakirah Mohd Shafie
IEL 110010
Group 11 (API) 

Assalam, salam sejahtera semua... (n_n) 

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?

Pada minggu lepas, kami mengikuti sebuah permainan perniagaan. Kami telah dibahagiakan kepada customer, entrepreneur, supplier, employee. Saya telah ditugaskan menjadi customer  bersama rakan saya Husna. Kami telah diberikan wang note 50 ringgit untuk membeli burger-burger yang dijual oleh 
entrepreneur.  Hasilnya kami telah menghabiskan 65 ringgit dan berbaki 35 ringgit di tangan. Jumlah burger yang kami beli ialah 12 unit. Kami cukup teliti memilih burger yang kami ingini berdasarkan layanan penjual yang baik dan sebagainya. Mesti tertanya-tanya mengapa kami telah menghabiskan 65 ringgit sedangkan pada asalnya kami hanya mendapat wang saku sebanyak 50 ringgit. Hal ini demikian kerana kami telah berjaya menjawab soalan yang telah diberikan oleh Miss Elaine dan sebagai ganjarannya kami mendapat wang 50 ringgit tambahan. Pengalaman bermain permainan ini cukup memberi gambaran nyata tentang "flow of the business"  dalam kehidupan realiti kini.


Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas? 
  
Sejujurnya pada peringkat awal saya dan partner berasa sedikit bingung untuk menyesuaikan diri dengan permainan ini kerana semua sangat bising dalam memainkan peranan masing-masing. Namun begitu, saya berasa sangat seronok untuk memainkan peranan sebagai customer. Hanya menggunakan duit yang ada, saya mempunyai kuasa memilih mana-mana burger yang saya mahukan. Burger yang murah harganya dan berpatutan menjadi pilihan. Maka,  jelas disini bahawa pelanggan iaitu customer mempunyai hak majoriti dalam memilih barangan yang mereka mahukan. Veto suara pelanggan ! :)


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?

Sudah tentu sewaktu di alam pekerjaan saya nanti! Pengaplikasian ilmu perniagaan ini sangat penting untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak lain.. 


Sekian, Terima kasih.. 

1 comment:

  1. 2017 ford fusion energi titanium - Titanium Arts
    The main design of the 2017 Fusion Rods is the simple chi titanium flat irons but 2019 ford ecosport titanium effective application of titanium mens wedding band an alloy titanium pans of titanium titanium mug dioxide, silicon, magnesium, sodium

    ReplyDelete