background

Innovacia Technology Sdn. Bhd.

Thursday 8 November 2012

Nik Arsyad's_Reflection


Nik Mohd Arsyad bin Nik Man
IEL 110011
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yang saya telah belajar dalam kelas APK yang lalu?
Pada kelas APK minggu lalu saya telah dipilih menjadi wakil kumpulan sekali lagi, dan terpilih untuk menjadi pegawai bank. Tugas saya ialah untuk merekodkan pembayaran wang pinjaman oleh para usahawan dan merekod simpanan wang oleh para pekerja.


Walaupun saya tidak berpeluang untuk menjadi kumpulan usahawan,pelanggan,pekerja ataupun  pembekal,tetapi saya dapat memahami dan mengetahui cara untuk menjadi seorang usahawan yang baik dan berurusan dengan pihak-pihak yang lain. Secara umumnya saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman melalui simulasi keusahawanan yang diadakan dalam kelas APK yang  lepas.

Apa yang saya rasa semasa belajar dalam kelas APK yang lepas?  

Saya rasa sangat seronok ketika melakukan simulasi keusahawanan baru-baru ini..walaupun saya tidak banyak bergerak dan hanya menunggu di hadapan,tetapi keseronokan dapat dirasai apabila melihat gelagat rakan-rakan yang menguruskan syarikat masing-masing. Ada yang rugi,ada yang untung.hehe..saya percaya,jika tempoh simulasi yang dijalankan dapat dilanjutkan,semua kumpulan usahawan dapat menstabilkan perniagaan mereka.


Di mana dan bila saya dapat gunakan ilmu yang telah saya pelajari ini?
ilmu yang saya dapat dari kelas APK yang lepas boleh saya aplikasikan apabila saya menceburi bidang perniagaan.

     
Sekian terima kasih, Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment